Tak pinggir pembangunan Kelantan – Nik Nazmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) mendengar pembentangan berkenaan prestasi Kerajaan Negeri Kelantan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) pertama bagi tahun 2023.

Selain itu, Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad juga menekankan agar Kerajaan Negeri Kelantan memberi penekanan kepada keadaan penduduk.

“Saya turut menekankan keutamaan yang perlu diberikan bagi membangunkan bakat masa hadapan, pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif serta memastikan kelestarian alam sekitar negeri.

“Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) pertama bagi tahun 2023 bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, semalam.

“Mesyuarat turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Mohamad, , Exco-Exco Negeri Kelantan, Datuk Hanifa Ahmad dan wakil Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Datuk Azami Mohd Nor, wakil-wakil NRECC, pengarah-pengarah Jabatan Persekutuan dan negeri dan ketua-ketua jajahan.

“Mesyuarat ini merupakan platform yang menghimpunkan jabatan/agensi Persekutuan dan Negeri bagi membincangkan perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penambahbaikan berkaitan dasar, program / projek Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat