Itu lambang pejuang Islam bukan pengganas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemakaian memanah berserta baju kulit dan panah dan tombak perisai lambang kehebatan pejuang Islam dahulu bukan melambangkan pemakaian pengganas.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang, Yusuf Abdul Hadi Awang menegaskan, agenda musuh Islam cuba menggambarkan bahawa inilah pemakaian pengganas dan mereka yang mengenakan pakaian ini merupakan pengganas dan bahaya kepada masyarakat.

“Pemuda PAS Marang menyokong penuh himpunan yang mengumpul ribuan orang muda seperti ini, ia bertujuan mendidik pemuda-pemuda dengan budaya kerja secara berjemaah sejak HIMPIT pertama diadakan pada 1991.

“Tradisi Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2023 yang dimulai dengan perarakan melibatkan 8 kawasan (daerah) di negeri Terengganu, setiap kontinjen daerah masuk ke tapak program dengan tema dan replika masing-masing untuk menggambarkan kehebatan dan semangat kawasan masing-masing.

“Himpit 2023 Kali ini pemuda PAS Marang bertemakan (Pemuda Generasi Sejahtera) Dengan membawa replika pedang Dzulfaqqar berukuran 20 kaki seberat 40kg lebar 2 kaki, tidaklah seberat replika keris di UIAM yang diarahkan cabut di zaman Pakatan Harapan (PH) memerintah pada 2019,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Yusuf, pemakaian baju perang zaman Rasulullah SAW dan kegemilangan Islam yang dibuat dari aluminium dan peralatan-peralatan kecil dari kedai ECO Shop (RM2) serta topi aluminium yang dibalut dengan serban hijau serta pedang dari kayu berukuran 4 kaki seberat 400 gram, ia tidak mencedera dan membahayakan sesiapa sepertimana perarakan Hari Thaipusam di Batu Caves.

“Pemakaian memanah serta baju kulit dan panah serta tombak perisai lambang kehebatan pejuang Islam terdahulu bukan melambangkan pemakaian pengganas.

“Walaupun pertubuhan pengganas sebenar (LTTE ) pertubuhan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) masih lagi berkeliaran dan sebahagianya menjadi orang kenamaan di Malaysia,” bidasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat