SPRM digesa siasat ketirisan pembelian ventilator – Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Jasin, Dr Muhamad Akmal Saleh memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat ketirisan yang mengakibatkan RM13 juta wang rakyat dibazirkan begitu sahaja membabitkan pembelian ventilator.

Beliau mendesak SPRM menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat laporan audit negara mengenai ketirisan yang berlaku semasa pembelian ventilator oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah diluluskan pada 25 Mac 2020.

“Kabinet ketika itu bersetuju untuk memberikan pengecualian kepada KKM terhadap tatacara perolehan darurat untuk membeli 500 unit ventilator dan duit pendahaluan sudah dibayar RM30 juta kepada pembekal.

“Tetapi syarikat berjaya untuk bekalkan 136 unit sahaja. Daripada 136 unit hanya 28 sahaja boleh digunakan dan selamat digunakan,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

Naib Ketua Pemuda Umno Melaka itu berkata, daripada 108 unit yang baki itu,hanya 15 sahaja yang boleh diserahkan kepada pengilang untuk ganti rugi.

“Manakala baki yang 93 unit itu tak dapat dipulangkan sebab tiada dokumen perolehan daripada KKM kepada syarikat pembekal.

“Pelik bin ajaib,kalau kita beli telur di pasar raya pun kita dapat resit dan sebagainya untuk bukti pembelian,tetapi ini beli ventilator berjuta ringgit nilainya tiada dokumen perolehan langsung?

“Saya mohon pihak kerajaan untuk melihat mengenai ketirisan yang mengakibatkan RM13 juta wang rakyat dibazirkan begitu sahaja.
Tidak kira siapa pun yang terlibat waima parti mana sekalipun,jika terbukti bersalah maka tindakan keras perlu diambil terhadap mereka,” tegas Akmal lagi.

Media melaporkan sebanyak 93 daripada 136 unit ventilator yang dibekalkan syarikat kepada fasiliti KKM antara 2020 hingga April 2022 ketika pengurusan COVID-19, tidak dapat digunakan.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid, berkata ia menyebabkan kerugian dianggarkan sejumlah RM13.07 juta.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat