Remaja hilang dipercayai lemas ketika mandi laut

- Advertisement -

KUANTAN – Seorang remaja dilaporkan hilang ketika mandi bersama dua rakannya di pantai Teluk Chempedak, dekat sini, petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Muhamad Ikhmal Hakim Ahmad, 20, beralamat di Lorong Galing, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 2.45 petang.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa bersama dua rakannya datang ke pantai itu untuk mandi.

“Dua rakan mangsa berusia 20 dan 21 tahun sempat menyelamatkan diri.

“Mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke kawasan berteluk di pantai berkenaan dan gagal dikesan,” katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, seramai 10 pegawai dan anggota polis terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Kita juga mendapat bantuan daripada bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan orang awam,” katanya lagi.

Beliau memaklumkan sebanyak tiga bot digunakan dalam SAR berkenaan.

Sementara itu, kakak mangsa, Saidatul Akma, 23, berkata adiknya sudah berlatih sejak beberapa hari lalu untuk menjadi juru nikah dan wali pernikahannya yang dijadualkan 26 Februari ini.

“Memang dia dah banyak kali berlatih dan saya sedih apabila dimaklumkan mengenai kejadian ini.

“Saya tak minta banyak, cuma kalau boleh biarlah adik ditemui segera,” katanya.

Operasi SAR untuk hari ini ditamatkan jam 6 petang tadi dan akan disambung semula pagi esok.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat