Ramadan selalunya membawa kita kembali kepada perkara yang dekat di hati. Juadah nostalgia, masakan ibu yang dirindui, aroma rendang yang memenuhi ruang dapur, dan detik berbuka yang sederhana tetapi sarat dengan makna kebersamaan. Namun Ramadan tahun ini, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur mengajak kita untuk keluar sedikit daripada kebiasaan. Bukan sekadar menikmati hidangan berbuka, tetapi mengembara merentas negara, budaya dan rasa semuanya tanpa perlu meninggalkan meja makan.
Menerusi Santapan Ramadan Serantau 2026, konsep iftar diangkat ke tahap yang lebih unik dan berani. Ia bukan lagi sekadar bufet hotel, tetapi satu perjalanan kulinari yang menghimpunkan keunikan 11 negara ASEAN di bawah satu bumbung, di tengah-tengah kesibukan kota Kuala Lumpur. Setiap hidangan menjadi wakil kepada identiti, tradisi dan kisah warisan negara-negara serantau yang kaya dengan rasa dan sejarah.

Pengalaman berbuka di sini terasa seperti duduk di satu meja panjang yang menyatukan seluruh Asia Tenggara. Bayangkan memulakan iftar dengan kerabu segar dari Vietnam, disusuli salad daun teh dari Myanmar, sebelum beralih kepada sotong pedas beraroma selasih ala Thailand. Setiap langkah di sepanjang bufet seolah-olah membawa kita ke destinasi baharu, dengan rasa masam, pedas, manis dan berempah yang silih berganti.
Apa yang menjadikan pengalaman ini lebih istimewa ialah komitmen Sunway Putra Hotel dalam mengekalkan keaslian setiap sajian. Hidangan disediakan menggunakan teknik tradisional dan ramuan autentik, memastikan rasa yang dihidangkan benar-benar dekat dengan citarasa asal negara masing-masing. Daripada Som Tam Thai yang menyengat masam pedas, Kilawin Filipina yang segar, hinggalah Umai Udang dari Borneo, setiap suapan terasa seperti pasport kecil ke negara yang berbeza.
Barisan hidangan utama pula menjadi nadi kepada keseluruhan pengalaman Santapan Ramadan Serantau ini. Antara yang mencuri tumpuan ialah Kerabu Daun Teh Burma dengan rasa unik hasil daun teh diperam, digabungkan dengan kacang rangup dan bijan. Nasi Briyani bersama Kambing Panggang pula kekal sebagai kegemaran ramai, dengan nasi basmati berempah dan kambing yang dimasak sehingga empuk dan berjus.

Bagi pencinta masakan Asia Tenggara yang lebih berani, Lok Lak Daging Lembu Lada Hitam Kemboja dan Ketam Bercili Singapura bersama mantau lembut sering menjadi pilihan untuk dinikmati berulang kali. Ayam Katok Brunei yang rangup pedas, Bebek Bertutu Bali yang dimasak perlahan, serta Phở Daging Lembu Vietnam dengan kuah yang direneh lama pula memberikan rasa hangat dan menenangkan, sesuai untuk berbuka puasa.
Suasana berbuka menjadi lebih hidup dengan stesen masakan langsung yang menyajikan hidangan segar dari dapur. Dari briyani yang dikaut panas-panas, sate yang dibakar di hadapan mata, hinggalah pilihan Laksa Johor dan Phở Vietnam yang boleh disesuaikan mengikut citarasa, pengalaman ini menjadikan iftar lebih interaktif dan menyeronokkan. Sajian tradisional seperti lemang, rendang ayam, sayur lodeh, martabak Indonesia dan Roti John pula membawa sentuhan nostalgia Ramadan, namun disajikan dalam suasana hotel yang selesa.
Bagi penggemar hidangan berkuah pekat, sudut Rebus Asam Pedas dan Sup Tulang Berempah menjadi tarikan tersendiri. Kuahnya dimasak lama dengan rempah ratus yang kaya, menghasilkan rasa yang cukup ‘comforting’, seakan masakan rumah yang sering dirindui setiap kali Ramadan.

Pencuci mulut meneruskan tema ASEAN dengan pelbagai pilihan manisan dari seluruh rantau. Kek Lapis Indonesia, Kek Madu Vietnam, Puding Labu Kemboja, Red Ruby Thai dan Maja Blanca Filipina disajikan bersama kuih-muih Melayu tradisional, ais kacang, cendol, buah-buahan tropika segar dan bubur manis sebagai penutup yang menyegarkan.
Di sebalik kepelbagaian hidangan, Santapan Ramadan Serantau membawa mesej kebersamaan yang kuat. Ia dicipta sebagai ruang untuk keluarga, rakan dan rakan sekerja berkumpul, memperlahankan langkah dan menikmati detik berbuka dengan penuh keselesaan. Tidak hairanlah ia menjadi pilihan ideal untuk iftar keluarga besar, majlis korporat dan pertemuan istimewa sepanjang Ramadan.
Bagi mereka yang ingin menjadikan pengalaman Ramadan lebih santai, Sunway Putra Hotel turut menawarkan pakej penginapan Iftar & Indulgence Retreat yang menggabungkan penginapan, sahur dan bufet iftar dalam satu pengalaman lengkap. Ia sesuai untuk mereka yang inginkan ‘staycation’ Ramadan tanpa perlu tergesa-gesa pulang selepas berbuka.
Maklumat Harga & Tempoh Santapan Ramadan Serantau 2026
Bufet ini berlangsung dari 20 Februari hingga 20 Mac 2026.
Harga tempahan awal ditawarkan pada RM144.00 nett seorang dewasa, dengan penebusan terhad pada tarikh terpilih.
Harga biasa bufet ialah RM169.00 nett seorang dewasa.
Bagi pakej penginapan Iftar & Indulgence Retreat, harga bermula dari RM608+ satu bilik semalam, termasuk bufet Ramadan dan sahur untuk dua orang dewasa.
Santapan Ramadan Serantau 2026 di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur bukan sekadar tempat berbuka, tetapi satu perjalanan rasa dan budaya yang menjadikan Ramadan tahun ini lebih bermakna, santai dan penuh kenangan.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan, layari
https://www.sunwayhotels.com/sunway-putra , hubungi +603 4040 9888, WhatsApp +6019 305 2372,atau e-mel [email protected]



