Menteri KDN ingatkan pegawai tertinggi tatakelola baik terutama urusan perolehan

KUALA LUMPUR – Sebagai Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Nasution Ismail menyokong saranan Yang di-Pertuan Agong yang menekankan prinsip jangan bocor, jangan tiris, jangan seleweng, jangan boros dan jangan rasuah.

Hal ini sekali gus, Saifuddin berkata beliau akan sentiasa mengingatkan kepimpinan dan pegawai tertinggi agar prinsip tatakelola yang baik, khususnya dalam urusan perolehan.

“Merafak sembah Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang telah berkenan mencemar duli Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15.

“Peringatan yang konsisten daripada Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai rasuah memperlihatkan keseriusan negara dalam membudayakan good governance — tatakelola yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab,” katanya.

Menurut Saifuddin, dengan peruntukan hampir RM20 bilion, pengurusan berskala besar menuntut integriti dan akauntabiliti yang tinggi.

Justeru kata beliau, KDN komited untuk memastikan setiap peringatan diterjemahkan kepada tindakan.

“Integriti adalah asas kepercayaan rakyat.
Tatakelola yang baik adalah tanggungjawab bersama.

“Daulat Tuanku! Ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat