Murid darjah 4 akan jalani peperiksaan mulai tahun ini – PM

KUALA LUMPUR – Ujian penilaian atau peperiksaan akan diperkenalkan untuk murid tahun empat sekolah rendah bermula tahun ini.

Perdaha Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peperiksaan itu akan dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan.

Anwar memaklumkan, ia merangkumi bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik dan Sains manakala Sejarah akan dimasukkan pada 2027 menjadikan keseluruhan sebanyak lima subjek.

“Guru-guru ingat tahun ini ada ujian darjah empat, mengapa nak tunggu darjah enam.

“Kita buat penilaian ini supaya kita tahu, dua tahun iaitu murid darjah lima dan enam, mereka mempunyai ruang untuk perbaiki sebelum memasuki tingkatan satu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di Putrajaya, pada Selasa.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat