KUALA LUMPUR – Bermula 2027, pendidikan prasekolah akan bermula pada usia 5 tahun, sementara tahun satu pula bermula pada usia 6 tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim namun menjelaskan, perubahan masih belum diwajibkan kepada ibu bapa, bagi memberi ruang kepada pelbagai pihak bersedia kepada persekitaran baru pendidikan, khususnya warga pendidik.
Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 pada Selasa.



