KUALA LUMPUR, 20 Januari 2025 – HONOR telah memperluaskan portfolio alat boleh pakai dengan penambahan dua peranti baharu iaitu HONOR Watch 5 dan HONOR Earbuds Open. Kedua-dua peranti ini mengetengah reka bentuk bergaya dan berupaya meningkatkan kehidupan seharian pengguna dengan menyediakan ciri-ciri yang pintar dan mudah.
Jam tangan pintar flagship HONOR Watch 5 didatangi dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan dan mempunyai kefungsian menyeluruh untuk pengalaman pengguna yang tiada tandingan. Fon putik HONOR Earbuds Open pula mentakrif semula keselesaan audio dengan rekaan telinga terbuka canggih bagi pengalaman mendengar yang lebih selamat dan imersif. Kedua-dua peranti ini direka untuk disepadukan dengan HONOR Magic7 Pro tanpa sebarang gangguan, menghubungkan ekosistem yang saling berkait.
HONOR Watch 5 dan HONOR Earbuds Open kini tersedia di seluruh negara
HONOR Watch 5 didatangkan dengan tali silikon berwarna Gold dan Black pada harga RM599. Manakala HONOR Earbuds Open tersedia dalam warna Polar Gold dan Polar Black pada RM699. Kedua-duanya boleh dibeli di HONOR Store, kedai atas talian HONOR Malaysia, Lazada dan Shopee.
HONOR Watch 5: Memudahkan perhubungan sepanjang hari
Apabila disambungkan dengan HONOR Magic7 Pro, HONOR Watch 5 menjadi peranti tambahan yang berkuasa. Anda boleh mengurus harian anda dengan cekap hanya daripada pergelangan tangan untuk menerima panggilan, memeriksa mesej, termasuklah memantau tahap kesihatan.
Dengan jam tangan pintar ini, anda tidak lagi terlepas panggilan penting walaupun telefon dalam mod senyap semasa bermesyuarat atau di dalam beg. HONOR Watch 5 akan bergetar apabila ada panggilan atau notifikasi masuk. Jika anda tersalah letak telefon, hanya tekan ciri ‘Find Device’ pada HONOR Watch 5 untuk membolehkan HONOR Magic7 Pro anda mengeluarkan bunyi. Selain itu, HONOR Watch 5 boleh digunakan sebagai remote untuk menangkap gambar berkumpulan atau swafoto dengan mudah.
Jangka hayat bateri lebih lama untuk menjana kesejahteraan harian
Kini dengan bateri karbon silikon 480mAh, bateri HONOR Watch 5 berupaya bertahan sehingga 15 hari dengan sekali pengecasan. Jangka hayat panjang ini membolehkan anda melakukan aktiviti sukan sepanjang hari tanpa perlu bimbang bateri cepat habis. Selain itu, pengurusan kuasa pintar OS Turbo X membolehkan bateri peranti ini bertahan lebih lama berbanding jam tangan pintar GPS berfrekuensi tunggal yang lain di pasaran.
HONOR Watch 5 juga dilengkapi dengan penjejakan tepat Precise GPS Tracking yang dikuasakan oleh teknologi AccuTrack Positioning HONOR. Ini bermakna kekuatan isyarat kini dipertingkatkan ketika anda melakukan aktiviti sukan di luar, agar anda mendapat jarak dan menjejak laluan dengan lebih tepat berbanding model terdahulu.
Di samping itu, HONOR Watch 5 juga boleh menjadi jurulatih kesihatan peribadi anda. Jam tangan pintar ini memiliki fungsi sekali tekan One-click Health Scan untuk memberikan maklumat statistik kesihatan anda. Daripada kadar denyutan jantung dan tahap oksigen dalam darah hinggalah ke pemantauan tekanan, setiap aspek kesihatan diukur dengan tepat pada setiap masa, di mana saja. Rasa kurang sihat? Ciri pemantau kesihatan Health Rate Monitoring akan memberi peringatan sekiranya kadar denyutan jantung terlalu tinggi atau rendah untuk bertindak dengan segera.
HONOR Watch 5 juga dilengkapi dengan pemantauan SpO2 untuk mengesan tahap oksigen dalam darah ketika anda bersenam atau berada di kawasan beraltitud tinggi. Peranti ini didatangi dengan ciri Healthy Morning Report yang memberikan laporan kesihatan setiap hari mengenai tidur dan keseluruhan kesihatan fizikal anda. Ia turut mengenal pasti tekanan dengan menganalisis pola denyutan jantung.
HONOR Earbuds Open: Mentakrif semula keselesaan dan menembusi sempadan bahasa
Alami masa depan audio dan terjemahan dengan HONOR Earbuds Open, satu lagi padanan teknologi canggih yang sempurna kepada HONOR Magic7 Pro.
Fahami bahasa asing di telinga anda dengan ai live translation
Apabila dipadankan dengan HONOR Magic 7 Pro, HONOR Earbuds Open memberikan terjemahan masa sebenar dan segera untuk sehingga 15 bahasa, termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Jepun, Bahasa Korea dan Bahasa Thai dengan ciri AI Live Translation. Ciri ini memiliki tiga mod iaitu Shared Mode, Exclusive Mode dan Simultaneous Interpretation.
Shared Mode sesuai digunakan untuk situasi seperti perbincangan antara pelajar antarabangsa semasa kuliah atau mesyuarat secara berhadapan dengan rakan sekerja dari negara asing. Anda boleh bercakap pada HONOR Magic7 Pro secara bersilih ganti dan mendengar terjemahan melalui HONOR Earbuds Open.
Exclusive Mode pula sesuai ketika melancong kerana anda boleh bertanyakan arah atau membuat pembelian kepada orang tempatan dengan lancar. Anda Cuma perlu memakai fon putik tersebut dan menggunakan HONOR Magic7 Pro untuk berkomunikasi dengan orang tempatan dalam bahasa pilihan.
HONOR Earbuds juga amat berguna semasa menghadiri mesyuarat yang dikendalikan dalam bahasa asing. Anda hanya perlu gunakan mod Simultaneous Interpretation untuk mendengar terjemahan masa sebenar ketika jurucakap berbicara.
Keselesaan terulung, direka untuk kegunaan sepanjang hari
HONOR Earbuds Open mesra kulit kerana direka dengan bahan silikon hipoalergenik yang boleh dibentuk mengikut bentuk telinga. Setiap fon putik hanya seberat 7.9g. Reka bentuk bahagian pendengar suara yang ultra nipis dan lohong dengan binaan bertekanan seimbang memberikan rasa seperti sambungan semula jadi pada telinga, walaupun dipakai sepanjang hari.
HONOR Earbuds Open menampilkan rekaan cangkuk telinga berinovatif yang menambahkan kestabilan tanpa menjejaskan aktiviti seperti bersenam, bergerak, atau berehat. Ia juga amat sesuai bagi pemakai cermin mata, kerana memberikan padanan yang selesa dan stabil tanpa mengganggu pengalaman mendengar muzik atau menjawab panggilan.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Watch 5 dan HONOR Earbuds Open, kunjungi laman Facebook rasmi dan laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/.