“WINGS THE ROCK EMPEROR” akan mengegarkan Arena SPICE Pulau Pinang, 24 Febuari nanti

- Advertisement -

Setelah berjaya menguasai Kota Singa (singapura) dan Shah Alam, selangor pada tahun lepas kini The Rock Emperor kembali dengan melebarkan sayap mereka di Utara semenanjung tanah air, Pulau Pinang atau lebih tepat di Arena SPICE, Pulau pinang pada 24 Febuari 2024.

Arena Spice Pulau Pinang bakal digegarkan dengan sorakan gemuruh peminat yang dijangkan 8,000 hadir untuk menyaksikan persembahan Lagenda Rock tanah air iaitu Konsert “WINGS THE ROCK EMPEROR – PENANG CHAPTER”

Setelah mencapai kejayaan di kedua dua tempat yang mendapat sambutan yang luar bisasa, ramai yang masih tidak boleh “move on” dengan Konsert tersebut dan masih lagi menceritakan kehebatan persembahan Wings, kini The Rock Emperor terus melebarkan kuasa jajahan mereka untuk memberikan kepuasan buat semua peminat di seluruh tanah air negara.

Wings dibarisi oleh Awie (vokal), Eddie (bass), Black (drum), Sham (gitar) dan Edrie (gitar) akan memberikan persembahan yang bertenaga dan luas biasa serta vokal yang menakjubkan oleh penyanyi wings iaitu Awie, malah persembahan nanti berkonsepkan teaterikal dengan tema ala ‘viking’.

Usia yang menjangkau 55 tahun bukanlah halangan buat Dato’ Awie mempamerkan kemantapan vokal dan showmanship diatas pentas yang lagaknya bagaikan di usia 20-an.

Malah anggota lain juga yang melewati usia 50-an tetap mantap dengan permainan instrumen masing-masing sekaligus melengkapi persembahan kumpulan yang dilihat mempunyai semangat ‘brotherhood’ yang sangat kuat setelah empat dekat di dalam industri musik tanah air.

Konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chapter, Dato’ Awie berkata, mereka akan mengetengahkan satu konsep baharu iaitu Tonton, Gores & Menang kepada penonton.

“Untuk setiap tiket, kita akan buat satu Gores dan dalam Gores itu ada hadiah-hadiah tertentu yang akan dimenangi oleh penonton bertuah.

“Terdapat lebih 700 barangan akan diberikan kepada pembeli tiket Konsert Rock Emperor. la merangkumi semua pembeli dari tiket berharga RM95 sehingga lebih RM300.

“Barangan untuk dimenangi itu termasuk prelove barangan Wings terpakai yang akan kita hadiahkan kepada pemenang-pemenang,” katanya.

Pasti akan ada kelainan daripada kedua dua persembahan yang lalu dan Dato Awie berkata akan memberikan pilihan kepada peminat mereka untuk memilih lagu untuk dipersembahkan pada malam konsert di Pualau Penang.

“Insya-Allah kita akan cuba perbaiki apa sahaja kelemahan-kelemahan yang ada sebelum ini. Wings akan buat lagi bagus.

“Dah tentu konsert ini tidak akan sama seperti yang berlaku di Shah Alam. Kita akan ubah sikit repertoire dan juga persembahan serta akan jadikan intronya lebih menarik di Pulau Pinang.

“Lokasinya tidak terlalu besar sangat. Untuk itu, kami akan sesuaikan persembahan dengan tempat itu,” katanya.

Lagu lagu seperti Adoney Dari Paran, Jumpa Hilang, Lubuk Pusing, Cinta Seusia Kita, Komplikasi Pramaya dan Jerangkap Samar. Tidak ketinggalan lagu Bernafas Dalam Lumpur, Gemuruh, Ingatkan Dia, Nur Nilam Sari, Sekeping Kertas Bermaruah, Rock N Roll Lu Punya Suka, Awang Trasher, Dalam Kehadiran Sofiah, medley Intanku Kesepian, Belenggu Irama, Anugerah, Misteri Mimpi Syakilla dan banyak lagi.

kesemua lagu lagu itu mengembalikan nostalgia kepada peminat mereka dan pasti akan membuatkan mereka pulang dengan senyuman dan memori yang tidak akan terpadam dalam ingatan mereka.

Sementara itu Hot FM dan KOOL 101 dipilih sebagai Radio Rasmi Konsert Wings The Rock Emperor Penang Chapter, manakala Xtra pula dipilih sebagai Rakan Media Digital Rasmi.

Tiket untuk menonton boleh didapati di https://wings.ubertickets.asia.

Harga-harga yang ditetapkan ialah

FREE SEATING/ STANDING RM 95 – CAT 1 >
Free Seating   RM115   – Rock Zone
Free Standing RM158   – Rock Silver
Free Seating   RM188   – Rock Gold

Free Seating NUMBERED SEAT RM258 – VIP RM315

Beli tiket awai tak kalut.

#Wings #TheRockEmperor #PenangChapter #RumahProduksiMerah #Sayap2Wings #Konsert #KonsertWings #Awie #Sham #Eddie #Black #EdrieHashim

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat