Tindakan Tegas Gantung Lesen Jika Pengendali Bas Ekspress Naikkan Tambang – APAD

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan tegas menanti pengendali bas ekspres yang menaikkan harga tambang sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam kenyataan menyebut, syarikat yang melakukan kesalahan itu berdepan penggantungan atau pembatalan lesen di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

Menurutnya, di bawah akta yang sama, mana-mana pengendali yang didapati melanggar mana-mana syarat lesen juga boleh didenda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

“APAD mengambil serius laporan akhbar yang mendakwa berlaku kenaikan harga tambang bas ekspres sehingga tiga kali ganda bagi perjalanan dari Manjung ke Shah Alam sehingga Sabtu ini.

“Siasatan awal mendapati pengendali bas terbabit juga tidak mempunyai laluan yang diluluskan oleh APAD bagi laluan Manjung ke Terminal Bas Seksyen 17, Shah Alam, yang juga satu kesalahan mengikut syarat lesen yang ditetapkan APAD,” katanya.

Selain itu, APAD menyebut, di bawah peraturan semasa, terdapat dua kategori perkhidmatan bas ekspres iaitu kategori ekonomi dan kategori eksekutif.

Jelasnya, kadar tambang bagi kategori ekonomi dikawal selia dan ditetapkan oleh kerajaan, manakala kadar tambang eksekutif adalah berdasarkan penawaran dan permintaan.

“Justeru, orang ramai diingatkan untuk membuat pilihan yang bijak semasa membeli tiket bas kerana harga tiket adalah berbeza mengikut jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat