KPM Siasat Isu Jumlah Bantuan Awal Persekolahan Berbeza-beza

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyiasat satu video tular di TikTok mengenai isu Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang didakwa diterima dengan jumlah berbeza-beza.

KPM menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat lengkap mengenai perkara itu sebelum siasatan dilakukan.

Menurutnya, tindakan tegas akan dilaksanakan sekiranya wujud kebenaran seperti yang didakwa.

“KPM ingin memohon kerjasama semua murid, ibu bapa atau penjaga untuk membuat aduan secara rasmi sepanjang masa melalui SISPAA KPM di https://moe.spab.gov.my jika berdepan situasi sama.

“Aduan juga boleh disalurkan menerusi talian 03-8884 6456 (waktu pejabat) dan butiran pengadu akan dirahsiakan demi menjaga kebajikan pihak yang membuat aduan,” katanya.

Sebelum ini, tular satu video di TikTok berhubung seorang ibu kepada tiga orang anak yang belajar di sekolah sama tetapi menerima jumlah bayaran BAP yang berbeza-beza.

Wanita berkenaan mempersoalkan tindakan seorang guru dengan sengaja mengurangkan jumlah asal wang BAP kepada RM100.

Berdasarkan rakaman video itu, wanita itu mendakwa guru tersebut tidak jujur apabila hanya menyerahkan RM100 sahaja kepadanya ketika hadir mengambil wang BAP di sekolah anaknya.

Kerajaan memperuntukkan BAP sebanyak RM150 kepada semua murid yang masih bersekolah dan diagihkan secara tunai mulai bulan ini. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat