#SIBODOHKAUDENGARSINI : SKMM Nafi Keluarkan Poster

- Advertisement -

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan poster yang tular berbentuk amaran yang meminta orang ramai tidak menggunakan hastag #SiBodohKauDengarSini bukan dikeluarkan oleh pihak SKMM.

Menerusi kenyataan media Jabatan Komunikasi Korporat SKMM hari ini menegaskan, poster yang tular berbentuk amaran kepada orang ramai agar tidak menggunakan hastag tersebut menerusi laman Twitter adalah rekaan semata-mata.

“Poster berkenaan yang tular di media sosial mengandungi fakta kesalahan yang direka-reka meliputi aspek hukuman dan akta yang digunakan ke atas mereka yang melanggar arahan berkenaan.

“Pihak SKMM akan terus mengambil langkah-langkah wajar bagi membendung penyebaran maklumat tidak sahih.” kata kenyataan itu.

Terdahalu beberapa hari lepas di Twitter, “trending” hastag berkenaan yang kebanyakkannya meluahkan ketidakpuashatian dengan SOP yang diperkenalkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari aspek penutupan premis kedai makan yang ditetapkan jam 8.00 malam sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sehingga hari ini, hastag berkenaan masih digunakan oleh pengguna twitter. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat