KP Kesihatan beritahu Dr Ali Noor meninggal bukan kerana terlalu penat tapi sebab lain

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sangkal kematian seorang pegawai perubatan yang bertugas di sebuah klinik kesihatan di Cheras, Dr Ali Noor Hassan disebabkan terlampau penat dengan beban tugas sejak Disember lalu berikutan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebaliknya berkata, punca pemergian Allahyarham Dr Ali Noor adalah disebabkan penyakit lain.

Katanya, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak awal Disember lalu disebabkan penyakit lain dan telah menjalani beberapa sesi rawatan.

Bagaimanapun, laporan Harian Metro yang memetik Dr Noor Hisham sebagai berkata, kematian Allahyarham Dr Ali Noor adalah disebabkan pendarahan dalam otak.

Laporan itu memaklumkan Allahyarham mengalami penyakit aneurysm dalam otak sebelum disahkan meninggal dunia pada 18 Januari lalu.

Dalam hantaran di Facebook, Dr Noor Hisham turut memaklumkan ujian COVID-19 yang dijalankan turut mendapati Allahyarham negatif.

“Allahyarham Dr Ali Noor menghembuskan nafas terakhir lewat malam kelmarin (18 Januari).

“Bagi menghormati jenazah serta ahli keluarga Allahyarham Dr Ali Noor, KKM memohon agar mana-mana pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes beliau,” kata Dr Noor Hisham dalam hantaran Facebooknya, pada Rabu.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memberitahu yang Allahyarham Dr Ali Noor merupakan seorang pegawai perubatan KKM yang disegani rakan-rakan sekerja, pesakit dan masyarakat setempat.

“Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Dr Ali Noor Hassan atas pemergian beliau.

“Marilah kita sama-sama memanjatkan doa dan peringatan buat arwah Dr Ali Noor. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Sementara itu, pada 8 Januari lalu, isteri Dr Ali Noor hanya dikenali sebagai Asilah memuat naik hantaran di Facebook Allahyarham memaklumkan suaminya sedang dirawat di HKL dan keadaannya lebih stabil.

“Assalamualaikum, saya isteri Dr Ali, sekarang dia masih di wad HKL dan keadaan dia lebih stabil, terima kasih kepada semua yang bertanya khabar dan mendoakan,” katanya.

Selang 10 hari kemudian, Asilah sekali lagi menerusi platform yang sama memaklumkan yang keadaan Allahyarham kritikal dan memohon orang ramai untuk bersama-sama berdoa.

“Assalamualaikum… saya isteri Dr Ali. Saya memohon doa kalian hatta sebesar hama untuk doakan kesembuhan buat Ali Noor Hassan bt. Halimah kerana beliau sangat kritikal di HKL,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat