Rugilah negara lain tak gantung Parlimen pulihkan ekonomi, Najib sindir Menteri Kewangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hanya Malaysia satu-satunya negara dalam dunia gunakan alasan Covid-19 untuk gantung Parlimen,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Perdana Menteri itu mendesak Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk bercakap jujur tentang proklamasi darurat yang dikatakan membantu memulihkan ekonomi.

“Rugilah negara-negara lain tak gantung parlimen jika benar bahawa langkah ini boleh kuatkan ekonomi.

“Tak tepat untuk samakan Malaysia dengan 80 negara lain dalam dunia yang isytihar darurat,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Najib memberitahu, darurat bagi negara-negara lain bermaksud kuasa diberi kepada kerajaan untuk lakukan lockdown sebab mereka tidak ada akta-akta seperti kita yang boleh lockdown tanpa darurat.

“Parlimen mereka tak pernah gantung.

“Hanya Malaysia satu-satunya negara dalam dunia gunakan alasan Covid-19 untuk gantung Parlimen.

“Senang sahaja, Tengku Zafrul. Namakan satu negara lain dalam dunia yang gantung parlimen (bukan tunda sesi parlimen) selama 7 bulan? Bidas Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat