Hishammuddin Sertai Permukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN Esok

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien mengadakan sidang video dengan Menteri Luar Brunei, TYT Dato Seri Setia Haji Erywan bagi membincangkan persediaan sempena Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN yang bermula esok.

katanya, Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN tersebut akan dibuat menerusi sidang video.

“Musim COVID-19 ni hendak bersemuka tak boleh,

“Apatah lagi berjabat tangan. Namun itu tidak sesekali merenggangkan hubungan erat serumpun Malaysia dan Brunei Darussalam.

“Pagi ini saya bersidang video dengan Menteri Luar Brunei, TYT Dato Seri Setia Haji Erywan,

“Berbincang persediaan sempena Pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN esok yang bakal dipengerusikan buat pertama kalinya oleh Brunei selaku Pengerusi ASEAN 2021.” jelasnya di Facebook beliau.

Menurut Hisham, tahun ini fokus ASEAN lebih tertumpu untuk terus melangkah ke hadapan di era pasca pandemik, perkukuh kerjasama ekonomi, kerjasama dalam bidang kesihatan termasuk perolehan vaksin dan pelbagai lagi usahasama.

Tegasnya, selepas setahun ASEAN menempuhi ujian Covid-19, sekarang masa untuk semua pihak berganding bahu demi keluar daripada krisis ini, dengan tetap berpegang teguh kepada pendirian tahun lepas iaitu tiada negara boleh bergerak sendirian.

Terdahulu, Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, antara isu yang dibincangkan oleh Menteri Luar adalah isu semasa mengenai pelaksanaan keputusan yang dicapai semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 yang telah dipengerusikan negara Vietnam pada tahun 2020 serta inisiatif untuk menggerakkan agenda dan keutamaan sempena Negara Brunei Darussalam sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini.

“Para menteri juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama serta usaha untuk meningkatkan hubungan kerjasama ASEAN dengan rakan luarnya,” menurut kenyataan itu.

Menurut Wisma Putra, Negara Brunei Darussalam dilantik mempengerusikan ASEAN tahun ini dengan tema “We Care, We Prepare, We Prosper” (Kami Peduli, Kami Bersedia, Kami Sejahtera) “.

Mesyuarat AMM itu merupakan pertemuan pertama yang dijadualkan bagi negara-negara anggota ASEAN, yang dipengerusikan oleh Menteri Luar II Brunei Datuk Seri Setia Erywan Pehin Yusof dengan penyertaan Menteri Luar ASEAN dan Setiausaha Agung ASEAN.
Pemukiman itu didahului dengan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN (SOM) semalam (19 Jan), menurut kenyataan itu.

“Malaysia menyokong penuh dan komited untuk membuat kemajuan substantif di bawah kepimpinan Negara Brunei Darussalam pada 2021,” menurut Wisma Putra.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat