COVID-19: Saringan Berskala Besar Di Ladang Punca Peningkatan Kes Di Sabah

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Peningkatan jumlah kes positif COVID-19 di Sabah hari ini adalah disebabkan saringan besar-besaran yang giat dijalankan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di ladang dan kilang terutama di kawasan pantai timur Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Masidi Manjun, yang juga jurucakap rasmi COVID-19 di Sabah, berkata kes baharu yang dicatatkan hari ini adalah sebanyak 526 kes berbanding 432 kes yang dicatatkan semalam.

“Sebanyak 73 kes adalah dari Ladang Baturong Kunak, Ladang GNG Kinabatangan (15 kes), Ladang Matamba Lahad Datu (20 kes) dan Ladang dan Kilang Segamaha, Lahad Datu mencatatkan 43 kes positif COVID-19 pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini,hari ini.

Daripada 526 kes positif COVID-19 yang dicatatkan di Sabah hari ini, sebanyak 364 kes adalah berpunca daripada saringan kontak rapat, saringan bergejala (80 kes) , saringan kluster sedia ada (29 kes), saringan komuniti (2 kes), saringan pelajar masuk asrama (10 kes) dan 41 kes adalah dari lain-lain kategori.

Sementara itu, Masidi berkata seramai 369 pesakit COVID-19 telah sembuh dan keluar dari hospital, menjadikan jumlah kumulatif sembuh 40,133 orang.

“Sejumlah 2,849 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 769 orang di hospital dan 2,080 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC). Bilangan pesakit COVID-19 dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 80 orang dan 21 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat