Trump Ucap Selamat Kepada Pentadbiran Baharu AS

- Advertisement -

WASHINGTON DC: Presiden Donald Trump mengucapkan selamat kepada pentadbiran baharu White House yang akan diterajui Joe Biden bermula hari ini.

Dalam video ucapan akhir itu, Trump yang merupakan Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45 berharap negara akan kekal makmur di bawah pentadbiran baharu.

“Minggu ini kita menerima pentadbiran baharu dan berharap akan kejayaannya meneruskan kejayaan, keselamatan dan kemakmuran Amerika.
“Kami mendoakan yang terbaik dan mengucapkan semoga berjaya, satu perkataan yang amat penting,” kata Trump.

Trump tidak menamakan Biden sama sekali dalam ucapannya.

Ucapan Trump itu diakhiri dengan rakaman terima kasih kepada isterinya, Melania, anak-anaknya, Naib Presiden Mike Pence, ketua kakitangan Mark Meadows dan seluruh petugas White House.

Trump sifatkan kesemua mereka disebut namanya itu memiliki semangat juang yang tinggi demi AS.

Beliau bakal akhiri tempoh sepenggal pemerintahannya bermula 2016.

Trump, calon Republikan, tewas dalam Pilihan Raya Presiden yang diadakan pada 3 November lepas.

Sehingga kini, beliau masih tidak mengaku kalah dengan proses demokrasi itu, sebaliknya tegas mempertikaikan keputusan undian elektoral terutama di negeri penting – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat