Keputusan akhir kes 1MDB Najib disampaikan 26 Dis ini – AGC

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan, keputusan di akhir kes pembelaan telah ditetapkan oleh mahkamah untuk disampaikan pada 26 Disember 2025.

AGC berkata demikian merujuk kepada kenyataan media yang dibuat oleh peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang bertindak sebagai peguam bela kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam kes Perbicaraan No. WA – 45 – (7 & 8) – 11 / 2018 (“kes 1MDB”) pada 18 Disember 2025.

“Jabatan ini menegaskan bahawa sebarang perkara yang dinyatakan oleh peguam bela berkenaan perbicaraan kes 1MDB adalah melibatkan isu-isu yang telah dibangkitkan dan dibicarakan sepanjang tempoh perbicaraan yang berlangsung dari 28 Ogos 2019 hingga 4 November 2025.

“Keputusan di akhir kes pembelaan telah ditetapkan oleh mahkamah untuk disampaikan pada 26 Disember 2025,” kata AGC dalam kenyataan pada Jumaat

Jabatan berkenaan juga memaklumkan, kekal komited untuk menjalankan pendakwaan secara bebas, adil dan berintegriti.

“Keputusan yang dibuat sentiasa berlandaskan undang-undang serta bukti yang tersedia, demi memastikan keadilan ditegakkan dan kepentingan awam sentiasa terpelihara,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat