Disiasat Bawah Akta Hasutan, Fahmi Reza Dibebaskan dengan Jaminan Polis

Cyberjaya – Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza, dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan oleh pihak Bukit Aman pagi tadi berhubung satu hantaran di Facebook yang menyentuh mengenai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menurut Fahmi, beliau ditahan sekitar jam 10.20 pagi untuk membantu siasatan di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia. Katanya, sebanyak 284 laporan polis telah dibuat terhadap dirinya susulan hantaran berkenaan.

Selepas beberapa jam menjalani soal siasat, pihak polis memutuskan untuk melepaskannya dengan jaminan polis tanpa sebarang pertuduhan di mahkamah setakat ini.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, Fahmi menegaskan bahawa tekanan berbentuk laporan polis, siasatan atau penahanan tidak akan menghalangnya daripada terus bersuara.

Beliau turut menyatakan bahawa kebebasan bersuara adalah hak rakyat dan tidak seharusnya dikekang oleh kuasa politik atau golongan elit.

Sementara itu, Bukit Aman mengesahkan bahawa siasatan masih dijalankan berhubung hantaran Facebook Fahmi yang dimuat naik pada 15 Disember lalu, dan kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat