Agong gusar jika rakyat ambil sikap sambil lewa lonjakan kes Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Yang di-Pertuan Agong menzahirkan kegusaran jika rakyat lalai atau mengambil sikap sambil lewa, kes Covid-19 akan terus meningkat, tambahan pula ketika ini musim percutian sekolah yang menyaksikan banyak pergerakan dan perhimpunan orang ramai.

Al- Sultan Abdullah bertitah, dilaporkan dari 10 Disember hingga 16 Disember 2023 (jam 12 tengah hari), kes Covid-19 adalah seramai 20,696 pesakit dengan seramai 151 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (Intensive Care Unit) di seluruh negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Indera Zahari Mohd Ariffin dalam kenyataan pada Selasa menyatakan, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan sokongan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menerusi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis, memantau rapi kes jangkitan virus ini di seluruh negara dan mengeluarkan kenyataan,cadangan serta arahan berkaitan, bergantung kepada situasi semasa.

“Al-Sultan Abdullah menasihati rakyat mengambil langkah berjaga-jaga dan berdisiplin dalam kawalan kendiri berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 kebelakangan ini.

“Seri Paduka Baginda menasihati rakyat, khususnya golongan rentan, warga emas dan mereka yang mempunyai komorbiditi, mengamalkan pemakaian pelitup muka di kawasan tumpuan awam, sesak dan tertutup, menjaga penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan serta menggunakan cecair pembasmi kuman.

“Selain kawalan kendiri tersebut, individu bergejala disaran mengelakkan 3S iaitu berada di kawasan sesak, sempit dan bersembang sebagai langkah pencegahan dan bagi mengurangkan risiko jangkitan virus ini,” katanya.

Sehubungan dengan itu, titah baginda lagi rakyat juga disaran supaya sentiasa peka dengan perkembangan terkini berkenaan kes Covid-19 di negara ini dan arahan dikeluarkan oleh KKM dari semasa ke semasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat