Maybank IB kekal saranan ‘beli’ terhadap Ranhill selepas bayaran dividen tunai disambung semula

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Maybank Investment Bank (IB) mengekalkan saranan ‘beli’ terhadap Ranhill Utilities Bhd dengan harga sasaran tidak berubah pada 60 sen selepas kumpulan kembali menyambung semula bayaran dividen tunai selepas dua tahun.

Firma itu berkata, pembayaran dividen interim pertama sebanyak 0.5 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22) yang diumumkan Jumaat lalu akan dinilai positif oleh pelabur.

“Walaupun tempoh pengumuman adalah mengejutkan (memandangkan ia berada di luar musim laporan kewangan), kami sebelum ini telah mengenal pasti pengembalian kepada dividen tunai pada FY22 sebagai pemangkin yang berpotensi.

“Pada masa ini kami mengandaikan dividen sesaham sebanyak 2 sen pada FY22, mewakili pembayaran kira-kira 90%, katanya dalam nota kajian hari ini lapor DagangNews.com.

Dividen itu akan dibayar pada 18 Januari 2023 dengan 3 Januari sebagai tarikh akhir dan 4 Januari sebagai tarikh kelayakan.

Bagi suku ketiga berakhir 30 September 2022, untung bersih Ranhill meningkat 9.4 peratus kepada RM9.32 juta berbanding RM8.52 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Pendapatan kumpulan pada suku berkenaan turut meningkat 14 peratus kepada RM434 juta daripada RM380.6 juta dipacu hasil yang lebih tinggi daripada anak syarikat yang baru diperoleh, antaranya, Ranhill Worley Sdn. Bhd. dan Ranhill Bersekutu Sdn. Bhd. bagi segmen perkhidmatan kejuruteraan.

Maybank IB berkata, pada FY20 dan FY21, Ranhill memilih untuk membayar dividen secara pilihan saham yang dilihat kurang menarik kepada pelabur.

“Bagaimanapun, buat masa ini tesis pelaburan tertumpu kepada masa dan kuantum kenaikan tarif air di Johor (yang telah diluluskan oleh kementerian tetapi belum dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri).

“Kami berpendapat, pematuhan yang lebih ketat kepada rangka kerja tarif seharusnya membantu meningkatkan tahap kewangan keseluruhan syarikat operator air, katanya.

“Bagaimanapun, buat masa ini tesis pelaburan tertumpu kepada masa dan kuantum kenaikan tarif air di Johor (yang telah diluluskan oleh kementerian tetapi belum dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri).

“Kami berpendapat, pematuhan yang lebih ketat kepada rangka kerja tarif seharusnya membantu meningkatkan tahap kewangan keseluruhan syarikat operator air, katanya.

Setakat 12.05 tengah hari, harga saham Ranhill menokok 1.5 sen atau 3.41 peratus kepada 45.5 sen dengan 722,000 saham diniagakan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat