Johari Abdul dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Johari Abdul dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun hari ini dengan memperoleh 147 sokongan.

Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun telah melepaskan kerusinya semalam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan nama Johari mewakili blok kerajaan, manakala Perikatan Nasional (PN) mencalonkan bekas Ahli Parlimen Kangar, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad bagi jawatan itu.

Johari berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani selama tiga penggal, namun tidak menyertai PRU15, sebaliknya digantikan anaknya, Dr Mohammed Taufiq yang menjadi satu-satunya wakil Pakatan Harapan (PH) menang di Kedah.

Sebelum ini kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat disandang bekas hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mewakili kerajaan PH, kemudian diganti dengan Azhar Azizan mewakili kerajaan PN.

Jumaat lalu, Azhar mengesahkan mengosongkan kedudukannya sebagai Speaker Dewan Rakyat sebelum Parlimen bersidang dengan Parlimen yang bersidang hari ini dikendalikan oleh Setiausaha Dewan Rakyat.

Selepas ini aturan urusan mesyuarat diikuti dengan upacara mengangkat sumpah kesemua 222 Ahli Parlimen yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), disusuli pemilihan Timbalan Speaker.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat