Anwar ketuai 222 ahli Parlimen angkat sumpah di Dewan Rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai majlis mengangkat sumpah Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pagi ini.

Kemudian upacara itu diikuti oleh dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Ahli Parlimen Petrajaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Seterusnya, Ahli Parlimen Seremban yang juga Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke serta Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu yang juga Presiden Amanah.

Giliran majlis angkat sumpah itu dimulai dengan Ahli-Ahli Parlimen kerajaan, yang didahului barisan menteri dan timbalan menteri diikuti Ahli Parlimen dari blok pembangkang.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri dijangka memperuntukkan RM55.96 bilion untuk “belanjawan mini” sementara Putrajaya pada ketika pentadbirannya menyusun bajet baru bagi 2023.

Anwar yang juga Menteri Kewangan sebelum ini berkata belanjawan mini itu akan digunakan terutamanya untuk membayar emolumen penjawat awam bagi memastikan kerajaan terus beroperasi.

Belanjawan mini berada dalam turutan perkara kesembilan pada kertas aturan Dewan Rakyat untuk prosiding esok, menunjukkan kemungkinan besar ia akan dibentangkan di Parlimen pada Selasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat