Tanah Runtuh: Raja Permaisuri Agong Harap Semua Pihak Bersabar

- Advertisement -

BATANG KALI – Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan mencemar duli meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di sini.

Tunku Azizah tiba pada 4.10 petang dengan diiringi anakanda Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah dan disambut oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Seri Paduka kemudian meluangkan masa kira-kira 40 minit mendengar taklimat daripada pasukan keselamatan di pusat operasi SAR berhubung tragedi yang setakat ini telah mengorbankan 24 nyawa.

Tunku Azizah yang berkenan bertemu dengan media selepas itu, menitahkan semua pihak terutama keluarga mangsa yang terlibat dengan tragedi berkenaan supaya terus bersabar.

Baginda bertitah, semua anggota SAR, kini sedang melakukan usaha terbaik bagi mencari baki sembilan mangsa yang masih hilang.

Sejurus selepas itu, Baginda berkenan mencemar duli meninjau sendiri lokasi kejadian dan melihat kerja-kerja SAR yang sedang dilakukan walaupun dalam keadaan hujan renyai sambil diberikan penerangan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis.

Operasi SAR di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, kini memasuki hari ketiga dengan setakat ini 24 mangsa disahkan meninggal dunia, 61 selamat dan sembilan masih hilang. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat