Perparitan tak terurus, hujan lebat punca bah di Kelantan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perparitan kurang terurus dan hujan lebat berterusan dalam tempoh singkat menyebabkan banjir di beberapa daerah di negeri Kelantan, termasuk kawasan yang tidak pernah bah.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata banjir tahun ini agak luar biasa.

“Banjir kali ini agak luar biasa mungkin kerana hujan yang lebat dan dalam tempoh yang sekejap. Saya tanya mangsa ada kawasan yang sebelum ini tidak pernah dinaiki air, contohnya di Taman Kemahiran, Panji.

“Sebelum ini, penduduk kawasan itu tidak sampai berpindah. Kali ini mereka kena pindah, bagi kita itu luar biasa. Alhamdulillah, semua selamat setakat ini.

“Kedua, isu perparitan kerana ada sesetengah kawasan, parit dah ada tetapi ia tidak dijaga dengan baik. Kadang-kadang penduduk sendiri membuang sampah dan ada yang sambung rumah menyebabkan parit tertutup. Sesetengah kawasan memang tidak cukup perparitan,” katanya lapor BH di Kota Bharu.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenal pasti kawasan seluruh Kelantan yang perlu diutamakan projek mengurangkan kesan banjir.

“Sebenarnya untuk mengatasi banjir kilat ini kerajaan negeri sudah mengenal pasti beberapa kawasan yang kita kata ‘hotspot’ (banjir). Contohnya di Panji dan Kota Jembal.

“Kerajaan negeri sudah meluluskan peruntukan untuk menyediakan parit, saliran dan longkang di beberapa kawasan tertentu.

“Cuma projek itu belum lagi dimulakan dan mungkin tahun depan baru mula sebab ini dah hujung tahun. Biasa hujung tahun, tidak ada kontrak dan sebagainya dibuat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat