RAUB: Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail melawat lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Raub.
Katanya, sebanyak 181 keluarga telah dipindahkan ke lima PPS tersebut akibat banjir.
Lima buah PPS itu ialah di Dewan Taman Perumahan Lenchar, Dewan Serbaguna Kampung Pia, Masjid Al-Hidayah Kg Pintu Padang, Sekolah Kebangsaan Tanjung Raja dan Sekolah Kebangsaan Kundang Patah.
“Seramai 181 keluarga telah dipindahkan ke PPS ini akibat banjir.
“Saya nasihatkan kepada rakyat Pahang yang terlibat dengan banjir agar mendengar nasihat pihak berkuasa untuk berpindah dari kediaman sekiranya air berada di paras yang bahaya.” kata beliau.

Terdahulu beliau melawat keadaan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Bukit Betong Sekolah Kebangsaan Batu Yon, Lipis Pahang.