YBR Peruntukan RM2 Juta Bantu Pelajar Sekolah Seluruh Negara

- Advertisement -

BAGAN DATUK: Yayasan Bank Rakyat memperuntukan sejumlah RM2 Juta untuk diagihkan kepada para pelajar-pelajar sebagai persedian sessi persekolahan tahun 2021.

Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Dato’ Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, bantuan persekolahan tersebut yang berupa set baju, kasut dan beg sekolah bernilai RM150 disumbangkan kepada setiap murid yang telah dikenal pasti dari keluarga berpendapatan B40.

Ujarnya lagi, ianya dapat membantu ibu bapa dalam mengharungi saat-saat sukar dikala negara sedang menghadapi penularan pandemik Covid-19.

“RM2 juta akan diperuntukan kepada 148 lokasi di seluruh negara bagi membantu pelajar-pelajar untuk persediaan sessi persekolahan tahun 2021,

“Lebih 15 ribu pelajar yang menerima manfaat dari program bantuan persekolaja Yayasan Bank Rakyat pada tahun ini,

“lebih RM150,000 diberikan kepada 1,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar Bagan Datuk menerima bantuan persekolahan berbentuk barangan persekolahan dari program Yayasan Bank Rakyat hari ini,” katanya.

Jelasnya lagi, bantuan ini turut diinspirasikan melalui penerapan elemen pembelajaran yang menyeronokan bagi memastikan murid-murid sentiasa gembira ke sekolah sekaligus dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Pada majlis yang berlangsung Bagan Datuk petang tadi, Yayasan Bank Rakyat telah mengadakan program penyerahan barangan sekolah yang telah disempurnakan oleh ADUN Hutan Melitang, Datuk Haji Khairuddin Tarmizi dan ADUN Rungkup, Dato’ Shahrul Zaman Yahya.

Didalam ucapan Datuk Khairuddin berkata Yayasan Bank Rakyat bukan sahaja menyumbang bantuan persekolahan, tetapi turut membuktikan organisasi berkenaan sebagai organisasi yang membantu meningkatkan tahap Pendidikan negara.

“Bantuan yang diberikan juga membuktikan keprihatinan bandan bukan berkeuntungan dalam menjalakan tanggungjawab bagi memastikan semua lapisan masyarakat dapat mengecapi limpahan ekonomi dalam negara,” kata Khairuddin. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat