Rohana Cipta Sejarah Wanita Pertama Dilantik Jawatan Tinggi TLDM

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melakar sejarah apabila seorang pegawai kanannya Kepten Rohana Jupri menjadi wanita pertama dinaikkan pangkat sebagai Laksamana Pertama.

Rohana, 57, adalah antara empat pegawai kanan dinaikkan pangkat dalam majlis disempurnakan Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany di KD Sri Gombak, Jalan Padang Tembak di sini, kelmarin.

Mohd Reza berkata pemilihan Rohana membuktikan kemampuan serta kredibiliti wanita diiktiraf pengurusan tertinggi TLDM selain sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan kemampuannya selama 36 tahun berkhidmat.

“Sepanjang penubuhan TLDM sejak 86 tahun lalu, tidak ada seorang wanita pun pernah dinaikkan ke pangkat berkenaan dan ini adalah satu pencapaian buat beliau.

“Rohana memegang jawatan Pengarah Kanan Materiel di markas TLDM dan juga Asisten Ketua Staf (AKS) J4 (Logistik) di Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) secara tidak langsung meletakkan dirinya berdiri sama tinggi bersama barisan tertinggi kumpulan Jawatankuasa Laksamana (JLAKS) yang sebelum ini dipelopori lelaki,” katanya selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TLDM itu.

Rohana, ibu kepada empat anak berasal dari Tanjong Karang, Selangor mula menyertai TLDM pada 20 Disember 1984 ditauliah sebagai Leftenan Muda TLDM Cawangan Bekalan dan Urusetia pada 6 Disember 1986.

Kerjaya beliau sebagai seorang pegawai berkepakaran Bekalan dan Urusetia bermula pada 1988 dengan jawatan pertama sebagai Pegawai Kawalan Rumah Stor di Depot Besar Bekalan TLDM.

Rohana pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya Pegawai Memerintah KD Sultan Abdul Aziz Shah; Pegawai Staf 1 Hal Ehwal Wanita Angkatan Tentera Malaysia dan Pegawai Memerintah Depot Bantuan Barat.

Beliau turut bertanggungjawab terhadap keperluan perolehan aset-aset penting dalam menentukan Op Benteng dapat dilaksana dengan lebih efisien.

Sementara itu, Rohana berkata, selama beliau berkhidmat dalam TLDM, ini adalah pengiktirafan besar buat dirinya.

“Saya harap ada ramai lagi calon wanita dapat ikut jejak langkah saya. Ruang sememangya tersedia buat wanita dalam TLDM ini untuk berkembang,” katanya.

Antara pegawai kanan lain dinaikkan pangkat ialah Laksamana Pertama Datuk Affenddy Suhaimi ke pangkat Laksamana Muda yang memegang jawatan AKS Materiel.

Turut hadir dalam majlis pemakaian pangkat berkenaan ialah Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob. – HMetro

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

SD Bukan Sokong Hisham TPM, Cuma Elak Kami Kena Jual – Ahli Parlimen UMNO

CYBERJAYA: 29 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional bertindak menandatangani Akuan Berkanun (SD) memberi mandat kepada Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien sebagai...

Berita Berkaitan

Agensi Penguatkuasa Tidak Perlu Waran Periksa Sektor Perkilangan – Hamzah

KUALA LUMPUR - Agensi penguatkuasa tidak memerlukan sebarang waran bagi memeriksa dan menyerbu sektor perkilangan yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan...

Suami Berubah Personaliti, Alami Kemurungan Melampau – Natashakilla

BBATU PAHAT - "Saya reda dengan ketentuan Allah jika suami saya disahkan menghidap penyakit mental," kata Natashakilla Zulku, 27, dari Kampung Sungai Nibong Darat,...

PM Harap Lebih Banyak GLC dan NGO Bantu Jayakan PICK

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut serta memberi...