Pekerja Kilang Warga Myanmar Maut Dihempap Kren

- Advertisement -

BUTTERWORTH – Seorang pekerja kilang warga Myanmar maut selepas jentera kren terbalik sebelum menghempapnya dalam kejadian di sebuah kilang besi di kawasan Perai, di sini hari ini.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Syamzul Razman Abd Halim berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 8.23 malam.

“Berdasarkan maklumat, kren tersebut yang sedang dikendalikan pekerja lain bagi kerja memindahkan besi-besi yang telah siap di kilang berkenaan rosak sebelum terbalik dan menghempap mangsa.

“Kami dimaklumkan mangsa sedang melakukan kerja di bahagian bawah jentera kren itu sebelum kejadian tersebut dan pihak bomba terpaksa menggunakan kren lain untuk mengeluarkan mangsa kira-kira 45 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata mangsa yang berusia 30-an, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan masih dijalankan – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat