Kerajaan tak beri elaun kepada badan uniform parti politik – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kerajaan tidak memberikan elaun kepada mana-mana badan uniform parti politik menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan, tegas Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian elaun penugasan hanya diberikan kepada sukarela yang berdaftar di bawah agensi kerajaan mengikut kadar ditetapkan di bawah akta dan peraturan agensi berkenaan.

“Antara agensi kerajaan yang mempunyai anggota sukarelawan dan diberikan elaun penugasan adalah daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Justeru, pemberian elaun kepada badan beruniform parti politik tidak berbangkit sama sekali.

“Kerajaan sentiasa mengalu-alukan penglibatan aktif semua pihak dalam menyertai aktiviti kesukarelawan dalam membentuk jati diri masyarakat yang mampan,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Dewan Rakyat pada Isnin.

Perdana Menteri berkata demikian menjawab soalan dikemukakan oleh Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang mahu penjelasan kerajaan berhubung dakwaan pemberian elaun kepada badan beruniform parti politik menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat