“Saya Dan Isteri Dijadikan bahan Maharaja Lawak Mega, Squid Game”- Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selepas dihentam blok pembangkang, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bangkit mempertahankan ‘hadiah’ kerajaan yang dikurniakan kepadanya.

Katanya, pembangkang memainkan skrip lama untuk menghasut rakyat membenci Najib dalam kehangatan perang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Saya perhati skrip lama untuk hasut Rakyat benci Najib digunakan sekali lagi untuk PRN Melaka. Saya sekali lagi dijadikan sasaran utama propaganda-propaganda pihak-pihak lawan.

“Cerita permohonan saya untuk diberi kediaman di bawah akta kerajaan yang saya buat pada tahun 2018 selepas PRU14 tiba-tiba dikeluarkan menjelang hari mengundi PRN Melaka.

“Tiba-tiba diberi nilai RM100 juta. Sedangkan ianya tanah kerajaan sedia ada yang diberi kepada saya untuk saya pilih di bawah akta kerajaan. Bukan suruh kerajaan belanja untuk beli bagi saya,” catat Najib dalam hantaran Facebooknya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan menyatakan gambar beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijadikan bahan untuk Maharaja Lawak Mega.

“Saya dan isteri saya dijadikan bahan untuk Maharaja Lawak Mega.

“Gambar edit isteri saya pula dijadikan bahan Squid Game DAP dan banyak-banyak lagi. Sedangkan saya bukan pun calon di Melaka atau saya ada apa-apa jawatan tertinggi di UMNO. Muka saya pun tak ada dalam poster-poster penuhi seluruh Melaka.

“Kenapa pulak? Apa kena mengena benci saya dengan PRN Melaka? Yang pilihanraya ialah negeri Melaka tapi yang diserang, saya pula? Apa yang pihak-pihak lawan fikir warga Melaka akan dapat sekiranya mereka benci saya?

“Apa yang rakyat Malaysia telah dapat dengan membenci saya selepas PRU14? Ekonomi lebih bagus? Aset-aset negara bertambah? Dividen tabung-tabung simpanan menaik? Kesejahteraan hidup Rakyat bertambah baik? Negara lebih stabil dan terancang? Pasaran saham lebih baik? Pelaburan asing menaik? Janji-janji manifesto ditepati? Apa sebenarnya? Soal Najib

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat