Pendakwaan akan pinda dua pertuduhan dihadapi Lim pada 21 Dis

UMNO Tanding Logo BN, Kekal Keputusan Tidak Sertai PN Secara Rasmi

KUALA LUMPUR - UMNO akan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan keputusan tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai...

Individu Main Air Banjir Akan Dikompaun RM1,000 – Polis

RANTAU PANJANG - Kompaun RM1,000 akan dikenakan kepada mana-mana individu yang bermain air dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang musim...

Tak Perlu Timbulkan Isu Siapa Menumpang atau Siapa Dominan, Kata Saifuddin

KUANTAN – Tidak timbul isu parti mana yang lebih dominan sekiranya gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan UMNO dibentuk bagi menghadapi Pilihan...

1,309 Kes Baru Covid-19, KL Catat Jangkitan Tertinggi Hari Ini

KUALA LUMPUR — Malaysia hari ini masih mencatatkan empat angka kes baharu Covid-19 iaitu 1,309 kes dengan Kuala Lumpur mencatatkan kes tertinggi iaitu 473...

Saintis China Dakwa Covid-19 Berasal Dari India

BEIJING - Saintis China mendakwa memiliki bukti kukuh pandemik Covid-19 bukannya bermula di negara itu, sebaliknya penyelidikan mereka menunjukkan ia berpunca dari negara lain,...

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan akan memohon untuk meminda dua daripada empat pertuduhan kes rasuah dihadapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulang Pinang, semasa sebutan kes itu, pada 21 Dis ini.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin yang mengetuai pasukan pendakwaan memaklumkan perkara itu kepada pemberita, ketika dihubungi hari ini.

Wan Shaharuddin berkata sepatutnya hari ini ditetapkan untuk sebutan semula kes itu, bagaimanapun prosiding ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang, selama empat minggu mulai 9 Nov hingga 6 Dis depan.

“Mahkamah memaklumkan tarikh baharu sebutan itu kepada pihak kami melalui e-mail pada 9 Nov lalu,” katanya.

Difahamkan, pindaan itu adalah bagi memasukkan ‘waktu’ di dalam pertuduhan rasuah mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan mengeluarkan perkataan yang tidak menjadi elemen di dalam pertuduhan menggunakan kedudukan yang dihadapi bekas Menteri Kewangan itu.

Pada 7 Ogos lepas, Lim, 60, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, telah secara rasuah meminta bagi pihak dirinya sendiri suatu suapan, iaitu balasan berharga berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi kelak daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, yang merupakan Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.

Suapan itu adalah sebagai upah bagi melakukan suatu perkara yang dicadangkan, iaitu, membantu syarikat Zarul Ahmad dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang, di Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.

Pada 10 Ogos lepas pula, Lim didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan menggunakan kedudukannya ketika menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, untuk suapan bagi dirinya wang berjumlah RM3.3 juta, sebagai tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik untuk melaksanakan projek itu yang bernilai RM6.3 bilion.

Pada 11 Sept, Ahli Parlimen Bagan itu sekali lagi didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu.

Mengikut pertuduhan pertama, Lim, didakwa menyebabkan Pendaftar Tanah Pulau Pinang melupuskan harta milik kerajaan negeri Pulau Pinang iaitu, Lot Tanah No. H.S.(D) 18801, No. PT Lot 702 Seksyen 1, Bandar Tanjong Pinang, Daerah Timor Laut, Pulau Pinang, bernilai RM135,086,094 kepada Syarikat Ewein Zenith Sdn Bhd.

Beliau juga dituduh menyebabkan Pendaftar Hakmilik Tanah Pulau Pinang melupuskan Lot Tanah No.H.S.(D) 19318, No. PT Lot 10012 Seksyen 1, Bandar Tanjong Pinang, Daerah Timor Laut, bernilai RM73,668,986 kepada Syarikat Zenith Urban Development Sdn Bhd.

Lim didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Tingkat 21, KOMTAR di sini, pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

-BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Petang Ini Boleh Lihat Siapa Khianati Rakyat

KUALA LUMPUR - “Petang ini kita dapat lihat siapa yang khianati rakyat,” kata Tan Sri Annuar Musa. Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu menyatakan semua...

Pemuda DAP Gesa Berpisah Dengan PKR Jika Anwar Enggan Minta Maaf

CYBERJAYA - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) hari ini membuat gesaan terbuka supaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf kepada rakan sekutu dalam...

Berita Berkaitan

Individu Main Air Banjir Akan Dikompaun RM1,000 – Polis

RANTAU PANJANG - Kompaun RM1,000 akan dikenakan kepada mana-mana individu yang bermain air dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang musim...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

PPBM Perak Percaya Ada Usaha Menjatuhkan MB

CYBERJAYA - Pertubuhan Pribumi Bersatu Perak (PPBM) percaya usaha menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masih berterusan walaupun ia dinafikan oleh Pengerusi...