Nick Jonas ganti Gwen Stefani dalam The Voice

- Advertisement -

New York: Beberapa minggu selepas mengumumkan pertunangan dengan Blake Shelton, Gwen Stefani mengambil keputusan untuk tidak meneruskan tugas sebagai jurulatih program The Voice musim ke-20.

Gwen yang menjadi jurulatih musim ke-19 bersama Shelton, John Legend dan Kelly Clarkson mengosongkan kerusinya dan menyerahkannya kepada jurulatih baru Nick Jonas.

Jonas bukanlah asing dalam The Voice kerana pernah bergelar jurulatih program realiti terbabit pada musim ke-18.

Salah seorang ahli pasukannya, Thunderstorm Artis berjaya melangkah ke pusingan akhir pada tahun yang sama.

Suami kepada bintang Bollywood, Priyanka Chopra ini ternyata teruja apabila kembali berpeluang sebagai jurulatih.

Perasaan gembira untuk bersaing dengan tiga jurulatih lain iaitu Blake Shelton, John Legend dan Kelly Clarkson diluahkan menerusi Instagramnya.

“Pahlawan tidak pernah tidur, saya kembali dan bersedia untuk memenangi pertandingan ini. Jumpa semua di musim depan,” katanya.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat