George Clooney pernah rasa hampir mati

Pelan B: UMNO dan PH Bentuk Kerjasama

CYBERJAYA: Kerajaan baharu di Perak berkemungkinan akan dibentuk hasil kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH), lapor Astro Awani. Laporan yang memetik sumber yang enggan...

Istana Beri Isyarat Mahu Gabungan PN Kekal – Sumber

IPOH - Sumber Istana Perak menegaskan Tuanku Sultan cenderung agar kerajaan Perikatan Nasional sedia ada di Perak kekal seperti sebelumnya dengan hanya melakukan pertukaran...

Peja Nasihatkan Ahli Bersatu Jangan Berdendam

CYBERJAYA: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar tidak membalas dendam berikutan kemelut politik...

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

London: Bintang Hollywood, George Clooney, 59, takut tidak dapat bertemu kembali dengan anak-anaknya ketika dia mengalami kemalangan motosikal di Itali pada 2018.

Dalam temubual bersama majalah GQ yang mengangkat dirinya sebagai Icon of the Year,  Clooney menganggap kejadian itu adalah penamat hidupnya.

Dalam kejadian itu, dia tercampak dan kasutnya terpelanting. Apabila terjatuh, serpihan kaca berterabur di depan yang pada mula disangka giginya.

“Ketika melayang di udara, saya sempat memikirkan mengenai anak kembar saya Ella dan Alexander yang ketika itu berusia setahun. Saya seperti tak akan dapat melihat mereka lagi. Sebaik terbaring di atas tanah, saya menjerit dan rakan saya, Grant Heslov datang menghampiri dan dia menjerit meminta bantuan orang ramai untuk memanggil ambulans.

“Ketika berada dalam dakapan Heslov, saya berfikir waktu untuk hidup sudah tidak lama,” katanya.

Clooney berkata, dia juga masih ingat dirinya dikerumuni pengguna jalan raya yang menghentikan kenderaan mereka dan mengeluarkan telefon untuk mengambil video dan gambar.

“Saya tidak akan lupa peristiwa ini. Ketika saya berfikir itu adalah penamat hidup saya, rupa-rupanya ia menjadi hiburan bagi orang lain,” katanya yang sekarang menilai kejadian itu sebagai peristiwa lucu.

Isterinya, Amal kini melarang Clooney menunggang motorsikal sejak kejadian kemalangan itu.

Dalam temubual itu juga, Clooney mengaku memiliki banyak kenangan indah selama hidup bersama Amal. Kehadiran Amal membuat hidupnya menjadi kuat.

“Saya tidak tahu betapa kosongnya hidup saya sebelum bertemu Amal. Ketika bersamanya semua berubah. Saya belum pernah berada pada situasi kehidupan orang lain lebih penting dibandingkan nyawa saya sendiri,” katanya.

Ketika penularan wabak Covid-19 ketika ini, Clooney lebih banyak fokus terhadap anaknya terutama Alexander yang mengalami masalah asma dan lebih berisiko dijangkiti Covid-19.

Alexander yang juga seorang anak aktif sudah boleh menguasai beberapa perkataan dalam bahasa Itali, seperti ‘molto caldoy ang bermaksud hari ini sangat panas.

Clooney berkata, dia seperti seorang surirumah apabila melakukan kerja-kerja di rumah setiap hari.

“Saya gunting sendiri rambut saya dan anak-anak. Saya juga mengemas rumah, membasuh pakaian dan memasak setiap hari,” katanya.

Agensi

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Amy Mastura jadi ‘Missy Jannah’

KUALA LUMPUR: Kali pertama melakonkan watak jururawat atau sering digelar 'Missy', bintang serba boleh, Amy Mastura beroleh pengalaman baharu dengan menyelami kehidupan anggota barisan...

LUMOS Auro, Projektor Serba Lengkap Dan Mampu Milik Buat Kaki Filem

Bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berlangsung, pastinya ada antara anda yang merindui kepada pawagam dalam menonton filem terbaru yang ditayangkan. Sekiranya...

Yuna seperti di ‘alam khayalan’

Kuala Lumpur: Penyanyi Yuna, 34, berbangga diberi peluang untuk mengadakan persembahan secara maya di Aquaria KLCC, di sini, dan menghiburkan penonton menerusi dalam talian, semalam. Yuna...