PM ikrar tak campuri badan kehakiman, pertahan kebebasan apa cara sekali pun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan tidak akan mencampuri urusan badan kehakiman, sebaliknya mempertahankan kebebasan badan itu dengan apa cara sekalipun.

Anwar sekali gus menekankan kepentingan badan kehakiman yang bebas, tidak berat sebelah dan berwibawa.

Beliau berkata, badan kehakiman sebagai benteng keadilan adalah satu keperluan bagi kedaulatan undang-undang.

“Kedaulatan undang-undang memberi jaminan kuasa kerajaan mesti digunakan mengikut undang-undang. Mereka yang memegang kuasa mesti bertanggungjawab atas keputusan dan tindakan mereka. Kerajaan mesti telus dan ia penting mengikut prinsip kerajaan terbuka.

“Oleh itu, keputusan dan urusan meragukan tidak boleh diguna untuk mengaburi mata rakyat atas nama Akta Rahsia Rasmi,” katanya lapor BH.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung Persatuan Undang-Undang ASEAN (ALA) Ke-14 dan Persidangan Undang-Undang ASEAN 2023, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, serta Ketua Hakim Negara merangkap Presiden ALA Malaysia, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Dalam pada itu, Anwar berkata, mesti ada perjuangan dasar yang menggalak serta menegakkan kesaksamaan jantina merentasi pelbagai bidang, termasuk pendidikan, pekerjaan dan kepimpinan.

Justeru, beliau berkata, sumbangan serta potensi wanita perlu diiktiraf, selain diberi peluang yang sama untuk memimpin dan berinovasi.

“Berhubung kanak-kanak pula, selain menjadi mangsa buruh paksa serta pemerdagangan, masih ramai terbabit kerja berbahaya yang memudaratkan kesihatan, keselamatan dan pembangunan moral mereka.

“Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk mewujudkan ruang selamat di mana minda kanak-kanak boleh berkembang dan hak mereka dilindungi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat