Rakyat tak akan dibiar kelaparan, kibar bendera putih – Mohamad Sabu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kerajaan Perpaduan tidak akan membiarkan rakyat kelaparan sehingga terpaksa mengibar bendera putih seperti berlaku ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, rakyat kibar bendera putih tidak akan berulang dan memberi jaminan Kerajaan Perpaduan tidak akan membiarkan rakyat negara ini kelaparan.

“Kerajaan memberi jaminan tidak mahu, dalam apa keadaan pun, rakyat Malaysia lapar.

“Kita tidak mahu lagi bendera putih dinaikkan kalau berlaku apa-apa sekali pun seperti yang berlaku tiga tahun dahulu,” katanya sesi semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Khamis, lapor Utusan.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik [PH-Balik Pulau] mengenai bantuan yang boleh disalur kementerian bagi meringankan beban nelayan yang ditimpa bencana.

PKP dilaksana pada awal tahun 2020 hingga 2021 untuk pencegahan penularan Covid-19 oleh kerajaan Persekutuan ditadbir PN.

Dalam pada itu, kata beliau, kerajaan memperuntukkan RM622.88 juta bantuan sara hidup (BSH) untuk nelayan di seluruh negara dalam tempoh lima tahun iaitu dari 2018 hingga 2022.

Mohamad menjawab soalan Datuk Muslimin Yahaya [PN-Sungai Besar] yang ingin mengetahui jumlah bantuan sara hidup yang disalur kepada nelayan di setiap negeri dari 2018 sehingga 2022.

Kata beliau, insentif sama diteruskan tahun ini dengan peruntukan RM147.3 juta, merangkumi nelayan laut dan darat dengan nelayan laut menerima elaun RM300 sebulan manakala nelayan darat RM250.

“Pelbagai bantuan lain disasarkan untuk golongan nelayan, antaranya skim subsidi diesel dengan nilai subsidi ditanggung kerajaan dari 2018 hingga 2022 mencecah RM3.61 bilion.

“Melalui skim subsidi nelayan, mereka boleh dapat harga diesel serendah RM1.65 seliter dan kerajaan membelanjakan RM3.61 bilion untuk itu,” katanya.

Katanya lagi, kerajaan memperkenalkan insentif hasil tangkapan dengan program ini membabitkan nelayan bot A, B dan C bermula 2008 hingga sekarang manakala setiap tangkapan untuk sekilogram dibayar tambahan 10 sen oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

“Nelayan bot A menerima bantuan RM150, bot B sehingga RM750 dan bot C sehingga RM1,000. Sejumlah RM74 juta dibayar kepada 29,529 nelayan bagi tempoh 2018 hingga 2022,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat