BN Tidak Ketandusan Pemimpin Muda dan Berwibawa – Dr Adham

- Advertisement -

CYBERJAYA – Barisan Nasional (BN) tidak ketandusan dalam melahirkan dan memiliki ramai pemimpin muda berkaliber serta berwibawa untuk diketengahkan dalam kepimpinan negara, berbanding parti lain.

Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba menegaskan perkara itu dalam menyangkal pandangan bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam yang mendakwa negara mengalami kekurangan pemimpin ‘top class’.

Dr Adham berkata, ramai generasi muda yang boleh diketengahkan dan perkara itu perlu dilihat secara meluas dengan orang lama membantu orang baru.

“Saya hendak ulas melihat kepada naratif yg dibawa Tun Musa semalam dan kita perlu lihat bahawa BN tidak ketandusan pemimpin kalau dibanding dengan pemimpin parti MUDA.

“Kita ada Datuk Indera Mohamad Shahar bekas pelajar UTM yang hari ini menjadi Timbalan Menteri Kewangan 1. Bagi saya bukan senang hendak jadi Timbalan Menteri seperti beliau.

“Selain itu kita di dalam parti juga ada anak muda berwibawa seperti Ketua Penerangan UMNO, Shahril (Sufian) Hamdan dan mereka ini merupakan antara bakat yang kita ada dan memang perlu diketengahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Pengagihan Peranti Siswa Keluarga Malaysia di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, hari ini, seperti dilaporkan Malaysia Gazette.

Terdahulu, semalam dalam majlis di Kota Tinggi, Musa berkata negara kekurangan pemimpin yang mampu berdepan dengan pelbagai cabaran dunia kini.

Menurutnya, Malaysia sangat perlu pemimpin berkualiti, berpengalaman dan tabah berani dalam menghadapi apa jua cabaran yang datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat