MB Pahang Ajak Umat Islam Contohi Akhlak Nabi Muhammad

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengajak umat Islam agar mencontohi Akhlak Baginda Rasulullah Muhammad SAW.

Jelasnya, dengan kelahiran serta kehadiran Baginda Rasulullah, telah membawa mesej keamanan sejagat, yang semestinya umat Islam hayati dan jayakan.

“Seperti yang kita sedia maklum, 12 Rabiulawal ialah sempena kelahiran Nabi Muhammad SAW, yang disambut oleh umat Islam setiap tahun.

“Dengan kelahiran serta kehadiran Baginda Rasulullah, telah membawa mesej keamanan sejagat, yang semestinya umat Islam hayati dan jayakan.

“Selain itu, semestinya kita berpegang teguh dengan ajaran serta akhlak Baginda.
Semoga dengan Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan komitmen perpaduan kita, Allah SWT akan sentiasa merahmati dan memberkati kita, In Sya Allah.” katanya.

Sementara itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah perkenan bercemar duli, berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri 1443 Hijrah yang berlangsung, di sini, hari ini. -SuaraTV

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat