Tak payahlah fikir pengganti PM buat masa ini – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selamatkan negara terlebih dahulu tidak usah fikir siapa calon pengganti Perdana Menteri,” kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau sebaliknya yakin apabila pandemik Covid-19 ini berakhir kerajaan akan membubarkan Parlimen dan menyerahkan sepenuhnya kepada rakyat memilih pemimpin.

“Tak payahlah fikir pengganti (Perdana Menteri) buat masa ini. Kita muafakat, bantu kerajaan.

“Apabila Covid-19 dah reda, segera bubar Parlimen dan serah kepada rakyat,” ciapnya di Twitter, hari ini.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu turut mencadangkan supaya memberi peluang kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyelamatkan negara dan nyawa rakyat terlebih dahulu.

“Saya percaya Perdana Menteri serah kepada rakyat,” ujarnya.

Annuar berkata demikian, susulan semalam, lima ahli Parlimen mewakili Parti Pejuang yang menyatakan Tun Dr Mahathir Mohamad layak menjadi pengganti Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Mereka dalam satu mesyuarat menyatakan Dr Mahathir layak untuk menjadi penyelamat kepada Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat