Andi harap tuah ABPBH 33

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bersaing dalam dua kategori pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, Andi Bernadee menganggap pencalonan itu sebagai momen terindah dalam hidup.

Kali pertama bersaing di pentas ABPBH, Andi yang ‘meledak’ dengan lagu berentak reggaeton, Satu Peluang dan Donde, menganggap calon lain dalam kedua-dua kategori iaitu Penyanyi Lelaki Popular dan Lagu Paling Boom, cukup hebat.

“Saya akur kebanyakan pesaing mempunyai nama yang kukuh dan popular. Tercalon bersama mereka sudah dikira cukup baik.

“Jika ada rezeki, saya percaya, semua yang bertanding mahu menang. ABPBH berpaksikan undian peminat. Kubu sokongan peminat saya mungkin tidak sekukuh artis lain.

 

Andi teruja kali pertama bersaing di ABPBH dalam dua kategori sempena edisi ke-33 acara anugerah berprestij ini. Foto Ihsan Andi Bernadee
Andi teruja kali pertama bersaing di ABPBH dalam dua kategori sempena edisi ke-33 acara anugerah berprestij ini. Foto Ihsan Andi Bernadee

 

“Cukuplah peminat saya sentiasa ada menyokong sampai sekarang. Menang kalah berbalik kepada tuah dan rezeki,” katanya kepada BH Online.

Dalam perkembangan lain, Andi atau nama sebenar, Andi Azrul Andi Mapangile mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan.

“Sebelum ini, saya pernah menganggap lebih baik menumpukan perhatian kepada bidang nyanyian. Saya fikir dunia lakonan lebih baik diberi kepada mereka yang lebih layak dan pandai berlakon.

“Saya tidak mahu tamak dan rembat semua. Namun, sebaik berlakunya pandemik COVID-19, saya kena fikir panjang dalam meneruskan kelangsungan hidup.

“Saya yakin semua orang bergelut demi survival termasuk diri ini. Disebabkan itulah saya terima tawaran berlakon,” katanya.

Selepas membintangi telefilem seram berjudul Korban Penunggu Hospital pada 2018, Andi menerajui telefilem komedi berjudul Balik Kampung Tak Lonely Lagi arahan Shuhaimi Lua yang disiarkan TV3, Sabtu lalu.

“Insya-Allah, tidak lama lagi, saya akan memulakan penggambaran drama Melastik Ke Hatimu untuk slot Lestary. Janna Nick dan Arman Graseka juga berlakon dalam drama berkisar cerita kekeluargaan ini,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat