Adele teruja jadi pengacara Saturday Night Live

- Advertisement -

New York: Penyanyi popular Adele, 32, teruja apabila impiannya untuk menjadi pengacara program popular, Saturday Night Live (SNL) buat kali pertama tercapai minggu ini.

Penyanyi dari Britain itu berkata, program itulah yang meledakkan kerjayanya di Amerika Syarikat (AS) pada 2008 dan seronok dapat kembali menjadi pengacara pula selepas 12 tahun.

Adele berkata, dia memang sentiasa berangan dan teringin beraksi sendirian untuk mengacara program terbabit. Dia menyifatkan peluang itu tiba tepat pada masanya.

“Jika kita rasa mahu terjun ke penghujung paling dalam sambil menutup mata dan harapkan yang lebih baik, inilah masanya kan, tahun 2020?” katanya.

Penyanyi Hello itu ternyata sangat positif dan menyifatkan ada hikmah lain yang indah walaupun tahun ini diduga dengan pelbagai dugaan termasuk pandemik Covid-19.

Pada episod minggu ini, Adele bakal disertai penyanyi muda H.E.R., 23, yang menjadi tetamu undangan. Adele turut tidak sabar menanti persembahan penyanyi Slide itu.

SNL adalah program bual bicara santai yang turut menyelitkan segmen komedi dan muzikal. Ia diterbitkan sejak 1975 dan pada 2008, Adele menjadi tetamu undangan kepada pengacara, Josh Brolin.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat