Mahu Nampak Juga ‘JAPAN’, Permintaan Pemilik G-SHOCK Ini Buat Peniaga Garu Kepala

- Advertisement -

Adat berniaga pasti bertemu dengan pelbagai ragam serta karenah manusia. Ada hari dapat pelanggan yang mudah diuruskan, ada hari dapat pelanggan yang menguji kesabaran.

Itulah yang terjadi kepada seorang peniaga serta restorer jam tangan G-SHOCK, Shahrul Zaman. Beliau berkongsi screenshot perbualan pemilik G-SHOCK yang menukar bateri jam di kedainya.

Berdasarkan perbualan tersebut, pelanggannya ‘bertegas’ mahu tulisan JAPAN pada bateri tersebut dapat dilihat dengan jelas. Secara logiknya, ia merupakan permintaan remeh kerana kedudukan tulisan tersebut tidak akan nampak pun apabila back case jam tangan dipasang.

“Sesungguhnya ini adalah ujian untuk saya. Jap saya tengok lain,” balas Shahrul melayan karenah pelanggannya. Shahrul terus juga menukar kedudukan tulisan tersebut sehingga pelanggannya puas hati. Lebih syahdu, Shahrul melayan permintaan pelanggan beliau ini pada jam 2.00 pagi.

Moga kejadian ini boleh menjadi iktibar kepada kita semua supaya sentiasa memudahkan kerja orang lain. Peribadi saudara Shahrul Zaman juga perlu dipuji kerana tetap tenang melayan permintaan pelanggan sehingga perkara kecil seperti ini.

Sekiranya anda mahu membeli, restore atau membuat rekaan custom jam tangan G-SHOCK, anda boleh terus hubungi saudara Shahrul Zaman di sini.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat