Maritim Malaysia selamatkan lima orang pemancing terputus hubungan, dua buah bot barter trade tenggelam

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

BATU PAHAT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)
berjaya menyelamatkan lima orang pemancing yang terputus hubungan ketika memancing di kelong Pantai Seri Menanti, Muar pada Selasa.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, kelima-lima pemancing berhadapan detik cemas apabila jeti yang menghubungkan daratan dengan kelong bagi aktiviti memancing telah musnah dan dihanyutkan air laut akibat cuaca buruk dan laut bergelora.

Menurut Mohd Haniff, semasa kejadian, sekitar pukul 9.40 malam, salah seorang mangsa, Muhamad Razif Abu Bakar, 33, sejurus mereka terputus hubungan dari daratan telah membuat panggilan kecemasan ke Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat untuk meminta bantuan.

Menurutnya, aset Maritim Malaysia telah diatur gerak ke lokasi kejadian untuk menyelamat.

“Kesemua mereka yang terlibat berusia dalam lingkungan 15 hingga 43 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan telah di bawa ke Jeti Nelayan Seri Menanti dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, ”katanya.

Dalam pada itu, Mohd Haniff memaklumkan pihaknya juga telah menerima dua aduan awam berkenaan dua buah bot barter trade yang tenggelam di perairan Batu Pahat pada pagi Rabu.

“Bot pertama, KLM Bahtera Jaya dilaporkan tenggelam lebih kurang 0.9 batu nautika Barat Daya Segenting ketika dalam perjalanan dari Batu Pahat menuju ke Indonesia.

Siasatan awal mendapati bot tersebut tenggelam disyaki berpunca daripada kebocoran pada bahagian enjin, ”katanya.

“Maritim Malaysia turut melaksanakan operasi pemindahan perubatan (MEDIVEC) memandangkan salah seorang daripada lima orang kru bot tersebut telah diserang angin ahmar.

“Mangsa telah di bawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat seterusnya diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan rawatan selanjutnya, ”katanya lagi.

“Bot barter trade, KLM Bersama Jaya pula membawa enam orang kru dari Indonesia menuju ke Batu Pahat turut tenggelam di kedudukan lebih kurang 11.2 batu nautika Barat Daya Benut.

“Kesemua mangsa kedua-dua bot terbabit berusia dalam lingkungan 20 hingga 62 tahun diselamatkan oleh bot barter trade yang berhampiran ketika kejadian.

“Semua mangsa kemudiannya telah dipindahkan ke bot Maritim Malaysia seterusnya di bawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat untuk tindakan lanjut, ”ujarnya.

”Susulan ketiga-tiga kejadian itu yang berlaku dalam tempoh kurang dari 24 jam di perairan Batu Pahat dan Muar, Maritim Malaysia menasihatkan masyarakat terutamanya komuniti maritim supaya menitikberatkan keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut memandangkan keadaan cuaca buruk dan laut bergelora ketika ini.

“Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline, Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat di talian 07-4344020 atau melalui talian bantuan kecemasan 999, ”tambahnya.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat