Inovasi teknologi nuklear tingkatkan keselamatan perlindungan sinaran – Ts Mohd Nor Azman

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

JOHOR BHARU – Dalam landskap teknologi moden dan pesat masa kini, amalan perlindungan sinaran yang baik perlu diberi penekanan untuk memastikan keselamatan pekerja, orang awam, dan alam sekitar.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, berkata demikian ketika berucap di Persidangan dan Bengkel Perlindungan Sinaran (RPCW) 2024 di sini, pada Selasa.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Program Penyelidikan & Pembangunan Teknologi, Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia), Dr. Muhammad Rawi Mohamed Zin; Presiden Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (MARPA), Ts. Dr. Husaini Salleh, dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur RPCW, Dr. Nor Pa’iza Mohamad Hasan.

Mohd Nor Azman berkata, pemerhatian dan pemahaman terhadap amalan semasa, inovasi teknologi terkini dan trend masa hadapan menyumbang ke arah pemahaman tentang panorama perlindungan sinaran yang sentiasa berevolusi.

“Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN) yang diperkenalkan MOSTI bertujuan untuk menangani isu tersebut di samping memperluaskan tahap sumbangan teknologi nuklear kepada produktiviti negara bagi menyokong aspirasi menjadi sebuah negara yang progresif dan mampan menjelang 2030.

“Sehubungan itu, kepentingan amalan keselamatan perlindungan yang terbaik tidak boleh sama sekali dikompromi dalam apa jua keadaan sekalipun dan pelbagai inovasi perlu dihasilkan untuk meningkatkan keselamatan dan perlindungan sinaran,” katanya.

Menerusi kenyataan oleh Nuklear Malaysia memaklumkan, RPCW 2024 dianjurkan oleh Nuklear Malaysia dan MARPA, turut berkolaborasi dengan Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) serta disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bertemakan ‘Enhancing Radiation Safety Practices: Innovations and Emerging Technologies’ persidangan ini diadakan selama empat hari mulai 17 hingga 20 September 2024 menghimpunkan kira-kira 200 orang para profesional dan pengamal sinaran mengion dari seluruh negara.

“RPCW 2024 merupakan platform yang ideal bagi semua pihak untuk berkongsi idea, ilmu dan strategi terbaik dan menjadi sebagai satu acara yang penting untuk mencapai agenda negara selaras dengan DTNN.

“Ianya mengarusperdanakan penggunaan teknologi nuklear secara aman ke arah mempertingkatkan daya saing industri, memperkukuh kesejahteraan rakyat dan memelihara sumber asli dan alam sekitar, ”kata kenyataan itu.

“Program ini telah menerima nilai mata pemberat (CEP) yang diiktiraf oleh Atom Malaysia di mana peserta yang mengikuti program ini sepenuhnya layak untuk memperbaharui Lesen Pegawai Perlindungan Sinaran (RPO) di Malaysia seterusnya mengekalkan kompetensi mereka sebagai pengamal sinaran, ”kata kenyataan itu lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat