Kerajaan cadang bina MRSM buat anak anggota ATM – Zahid

- Advertisement -

KLUANG – Kerajaan berhasrat untuk membina sebuah lagi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) khusus untuk anak pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapatkan pendidikan di maktab itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, tambahan sebuah lagi MRSM itu bakal menjadikan keseluruhan 58 buah MRSM di seluruh negara.

“Kini terdapat 57 MRSM dan salah satu maktab itu terlatak di Kem Terendak, Melaka khusus untuk anak-anak pegawai dan anggota ATM dan tambahan ini adalah MRSM kedua untuk anak-anak mereka.

“Kita akan berbincang dengan pihak Kementerian Pertahanna (Mindef) dan Menteri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di mana lokasi sesuai dan adakah akan menggunakan MRSM yang sudah dibina tetapi belum beroperasi atau pembinaan baharu yang agak panjang mengambil masa sehingga 48 bulan,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja di Kem Mahkota, pada Khamis.

Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata apabila pembinaan MRSM itu siap, ia akan turut melaksanakan program Ulul Albab di samping tidak mengenepikan bidang akademik pilihan mereka.

Ujar Zahid, usaha itu harus diteruskan kerana berdasarkan peperiksaan, pelajar yang mengikuti pengajian Ulul Albab mendapat keputusan yang lebih cemerlang.

Terdahulu dalam ucapan di hadapan pegawai dan anggota ATM Kem Mahkota, Zahid berkata Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan membiayai sebarang penyelenggaran di MRSM Terendak mulai 2025 selepas ia dibiaya oleh Mindef sendiri sebelum ini.

Sementara itu mengenai cadangan Mindef untuk menawarkan program pengajian berasaskan pekerjaan WBL kepada semua anggota ATM bagi memastikan mereka tamat perkhidmatan dengan kelayakan lebih tinggi, Ahmad Zahid berkata UniKL juga bersedia menawarkan pengajian tersebut.

“UniKL juga akan mengambil dan mengiktiraf kelulusan daripada anggota ATM ini,” katanya.

Sebelum ini hanya dua buah universiti awam telah bersetuju untuk menawarkan 10 program pengajian iaitu UiTM dan UTHM.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat