PH sebenarnya bimbang pengaruh PN yang makin berkembang – Tuan Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dakwaan pembangkang mula memainkan sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja (3R) meskipun kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai membuktikan Pakatan Harapan (PH) takut dengan pengaruh Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, semua pihak perlu jelas mengenai bentuk sentimen 3R yang dilarang kerana bukan semua isu berkaitan terutamanya perkara membabitkan agama tidak boleh diperkatakan.

“PH sebenarnya bimbang pengaruh PN yang makin berkembang. Kena jelas apa yang boleh dan tidak boleh dibangkitkan. Bukan semua isu agama tidak boleh diperkatakan.

“Kalau orang Islam tidak boleh bincang agamanya, apa akan jadi dengan kejahilan ummah dalam Islam. Begitu juga isu bangsa bukan semua tidak boleh. Kalau orang Melayu, Cina atau India tidak boleh bincang nasib bangsa mereka sendiri, siapa yang akan perjuang nasib bangsanya?” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman bahawa sentimen Melayu dan agama sudah pun bermula sebelum kempen DUN Pelangai apabila pihak ‘sebelah sana’ bermain sentimen 3R.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat