Warga asing juga perlu makan, mereka di sini membangunkan negara kita – Mohamad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu masih belum mempertimbangkan cadangan Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh untuk melarang penjual beras tempatan kepada warga asing.

Mohamad menyatakan bahawa warga asing yang tinggal di Malaysia juga perlu makan kerana mereka bekerja membangunkan negara kita.

“Tidak dibuat keputusan lagi sebab warga asing mereka pun perlu makan.

“Jangan lupa mereka pun bekerja, berkhidmat untuk membangunkan negara kita.

“Jadi buat masa ini belum ada lagi cadangan itu,” jelas beliau di Dewan Rakyat, semalam.

Sebelum ini, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr Akmal Saleh mempertahankan cadangannya melarang warga asing membeli beras tempatan untuk menangani kekurangan semasa.

Dr Akmal berkata ia bukannya soal diskriminasi, tetapi keutamaan perlu diberikan kepada warga tempatan.

eliau mengakui pekerja asing tidak kaya, tetapi komitmen mereka jauh lebih sedikit berbanding rakyat Malaysia.

“Mereka tinggal di rumah sewa ramai-ramai, makan pun secara berjemaah, tidak perlu membayar pinjaman kereta atau rumah, perbelanjaan sekolah anak dan lain-lain lagi.

“Jika beras tempatan berlambak di pasaran tiada masalah, tetapi hari ini nak beli pun susah, malah kita terpaksa berebut dengan mereka (pekerja asing) pula,” katanya dalam catatan Facebook.

Ketua Pemuda Umno itu berkata, cadangannya bukan untuk jangka panjang, tetapi sekadar langkah jangka pendek susulan kekurangan bekalan beras tempatan ketika ini.

Khamis lalu, Akmal menggesa kerajaan mengehadkan pembelian beras tempatan yang disubsidi kerajaan kepada rakyat Malaysia saja.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat