Persembahan menakjubkan Cakra Khan membuat penonton terkasima

- Advertisement -

Pihak penganjur konsert Dream Collaboration Vol. 4 iaitu Inspire Production telah berjaya membawa seorang pemuda bersuara merdu yang dikenali sebagai Cakra Khan dan berganding bersama Nadeera dan Riri Moeya sebagai sebagai daya tarikan pengunjung.

Sebanyak 17 buah lagu dalam masa 3 jam dengan dibarisi pemuzik professional, serta 2 orang vokalis wanita sebagai pembuka tirai acara pada malam 17 September 2023 lepas, seramai 2300 peminat telah hadir dan telah memenuhi segenap ruang kapisiti Zepp Kuala Lumpur.

Introduksi lagu-lagu seperti “Adalah Aku”, “Setelah Kau Tiada”, “Mencari Cinta Sejati” dan “Kepada Hati”, mengajak rata-rata crowd sing-along sepenuh hati bersama sebelum menyedari kehadiran entiti bergelar Dato’ Sri Rossa terlihat berada di ruang kotak VIP untuk meraikan Cakra Khan yang begitu dekat di hati nya.

Tidak melepaskan peluang, Cakra memberi perhargaan kepada Dato’ Sri Rossa dengan ungkapan “Berada nya saya di sini malam hari ini adalah kerana Rossa, tanpa dia tak mungkin saya ada kerana dia yang pertama kali membawa saya ke Malaysia. Tidak akan saya lupakan sampai bila-bila, terima kasih Rossa!” disahut dengan tepukan gemuruh. Seiring itu, lantas bergema lah “Hal Hebat” lagu yang paling ditunggu-tunggu oleh fanatika Cakra yang lantas meremangkan bulu roma setiap yang mendengarnya.

Seluruh ruang dalaman di Zepp KL berkumandang nada-nada mengiringi kemerduan suara Cakra. Set diteruskan dengan seleksi lagu-lagu cover yang sangat sesuai dengan lontaran vokal Cakra seperti “Tenesse Whiskey”, “Iris”, “Monster”, “Sial” dan “I’m Not The Only One” bersulam dengan lagu-lagu Cakra sendiri iaitu “Kau Memilih Dia” dan “Nanti”. Paling terkesan adalah ketika Cakra mengalunkan cover “Iris” dari Goo Goo Dolls dan juga “Monster” dari James Blunt, di mana dengan penuh emosi nya Cakra menitiskan airmata kerana lagu itu ditujukan khas buat ayahnya, Hermana yang meninggal 2 tahun lalu . Pesan Cakra “Jika masih ada Ibu dan Bapa, sayangi lah mereka. Beritahu mereka kamu sayang mereka sementara masih ada kesempatan” sekali lagi tepukan gemuruh dari setiap yang hadir bergema. Seluruh Zepp sebak. Bijak memilih lagu yang sesuai dengan tone suaranya sudah semestinya ramai yang kagum dengan Cakra Khan ini.

Malam semakin hangat apabila lagu-lagu duet popular dihidangkan. Meskipun bukan dengan vokalis duet asal namun kontribusi dari Nadeera ketika duet “Seluruh Cinta” memberikan vibes yang lebih kurang serupa. Begitu juga halnya dengan duet bersama Riri Moeya untuk lagu “Terlanjur Cinta”, tetap mersik membelai gegendang telinga peminat setia Cakra, ikut serta nyanyi bersama. Senyuman puas terukir di setiap bibir yang hadir. Terima kasih Cakra Khan untuk kenangan konsert terindah ini.

Sedar tak sedar, sudah sampai ke penghujung lagu-lagu terakhir. “Kekasih Bayangan” beralun merdu. Simple nya seorang Cakra Khan, tidak menukar baju lain pun cukup santai diatas pentas bercahaya gemilang, jelas memancarkan aura sang superstar humble yang mudah terhibur dan gemar menghiburkan ini. Meski lagu-lagu beliau tidak ada yang membuatkan penonton ‘head-bang’ kerana sentimental nya lagu-lagu cinta, namun Cakra Khan tetap energetik dan berusaha memberikan 100% terbaik. Di penghujung jalan kalau memang kita “Harus Terpisah” ya bagaimana lagi kan? Lagu paling hits yang mengangkat nama beliau walau ternyata sangat berat hati untuk berpisah.

Memang “A night to remember” saya pulang dengan hati yang puas. Cakra Khan tidak kedekut memenuhi permintaan “We Want More” untuk 1 lagi lagu bonus sebelum menutup tirai konsert dengan 1001 kenangan tersemat di hati sampai bila-bila.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,208FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat