Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- ADUN Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Pengumuman mengenai lantikan itu dibuat Yang Dipertua DUN, Lau Weng San sejurus majlis angkat sumpah 56 ADUN selesai pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15 hari ini.

“Saya dengan ini memasyhurkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, ADUN Hulu Kelang sebagai ketua pembangkang.

“Diharapkan ketua pembangkang yang dilantik ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya,” katanya mengesahkan menerima surat pencalonan itu daripada Perikatan Nasional (PN) pada 15 September lalu, lapor BH pada Selasa.

Sementara itu, Azmin ketika ditemui pada sidang media memaklumkan PN Selangor membentuk 10 jawatankuasa portfolio yang akan memainkan peranan semak dan imbang kepada EXCO kerajaan negeri.

Katanya, beliau sendiri akan mengetuai portfolio Kewangan, Ekonomi, Tanah dan Sumber Alam.

Untuk sembilan lagi portfolio, beliau Datuk Dr Halim Tamuri akan menerajui Pendidikan dan Sumber Manusia; Datuk Seri Jamil Salleh (Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Infrastruktur); Dr Afif Bahardin (Kesihatan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim); Muhammad Muhaimin Harith Abdullah Sani (Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Industri Digital); Muhammad Hilman Idham (Generasi Muda dan Sukan); Nushi Mahfodz (Agama Islam dan Pembangunan Desa); Nurul Syazwani Noh (Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Perpaduan); Sallehein Mukhyi (Pertanian dan Industri Agromakanan) serta Datuk Noorazley Yahya (Pelancongan dan Kebudayaan Warisan Melayu).

“Portfolio berkenaan akan dibantu tiga jawatankuasa lain yang akan dianggotai ADUN yang tidak mengetuai mana-mana portfolio berdasarkan pengalaman, latar belakang masing-masing.

“Inilah pendekatan yang kami akan ambil pada sesi-sesi (DUN) akan datang yang mana ikrar dan janji kami kepada rakyat untuk memberikan khidmat yang terbaik melalui perbahasan perbincangan dalam dewan negeri Selangor,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat